Sunday, May 29, 2011

mY FirsT WeeK aT PunCaK aLaM,. :) *after edit

Assalamualaikum w.b.t

FIRST! Penat GILAKKSSS!!!! Haha. Yes i know that the first time i use word 'Gilakss' at here. Just i want to xpress what i'm feel. Haha. Seriyesly penat gila2. Memang untuk kali ini, ia taklah setanding saiz dengan SKSYP, SMKDSE, SMKAS, mahupun MRSM GMC. Hahaha. Dengan jalannya + tangganya lagi. Hadui! Nape lah takde lif dari kolej ke fakulti. HAHAHA. Demand. :)

Ok2. Cerita2 aku kat PALAM untuk kali2 pertama ni. Kali pertama aku rasa duduk universiti (Ahha, memanglah). Kali pertama MDS (Ahha, pun memanglah). Kali pertama aku rasa aku BERKIRA SANGAT mengenai pengendalian wang. *haha. Ayat skema. Bukanlah maknanya 5 tahun duduk asrama aku belanja ikut suka. Tapi bila kat sini baru rasa PERLU jimat sangat. Yelah, kalau kat asrama akan ada hari yang aku takkan guna duit. Means tak beli apa2 + makan pun dah sedia kat DS. Tapi bila kat sini, takkan ada hari yang takkan guna duit. *Oh! Takpe kot bagi mereka2 yang sanggup makan roti hari2. Haha. So rasanya itulah kot perkara paling ketara antara campus life dengan hostel life. Ha! First time aku jumpa secara face-to-face dengan Kak Rai, bercakap + belanja beliau. Ahaa. Seriously. Pastu pergi kelas bebas nak pakai baju apa. Tinggal lagi sedarlah diri you as a university's student. Tu lah kot antara perkara2 kali pertama aku buat. Ntah lah actually, banyak sebenarnya benda baru berlaku kat sini. Plus aku student asrama kan since Form 1 lagi. So macam rules asrama selama ni yang dilarang, yang tak boleh, TAK KESAH kalau buat kat sini. Contoh, keluar & balik sebelum 11.30 malam. Aku dah biasa 'outing' sampai pukul 6 petang, so macam pelik lah kot. Tapi ni just kali pertama saje ok? Akan datang, aku dah tak kesah dah. :)

Friday, May 20, 2011

MUIZ : YeaH!!! :)

Assalamualaikum w.b.t

Habuk! Ahaa. Dah lama tak tulis pape. Actually tak tau nak cakap apa. Buat masa ni lagi prefer untuk cakap pasal diri sendiri je. Hee. Ok by the way, hari ni 200511. Esok dah 210511. Lusa dah 220511. The next day of day after tomorrow will be the day of admission at UiTM Kampus Puncak Alam. Seronok kan, muiz? Ahaa. Pelik! Seriously aku sebenarnya masih terumbang - ambing lagi ni. Dah lah tak dapat IPG. Agak kecewa lah kot. Hmm. Nak tak nak, survive jelah kuat2 kat asasi ea, muiz? Kan ni harapan kau dari sekolah menangah lagi. Tolak jauh2 rasa negatif. I'm still 18 ok? Banyak masa nak belajar lagi ni. Ingat ayah cakap apa, kalau orang boleh, takkan aku tak boleh. Apa yg nak takut sangat ni? Tinggal lagi, janganlah lupa diri ye muiz? Jangan main2. Jangan sia2kan usaha kau 11 tahun belajar penat2 kat sekolah. *Ok, sy sedang cakap sorang2 sebenarnya ni. :)


Monday, May 16, 2011

HAHAHAHAHA,. *xTaU Nak LetaK TajUK aPa,. :)

Assalamualaikum w.b.t

1. Masuk kelas yang sungguh membosankan. Serious! Nasib baik boleh curik2 main mesej. :)
2. Pernah berbual dgn seorang pakcik ni. Kelakar giler! :)
3. Adelah jumpa member2 mcm pian, irfan, lan, wan, 'dak 501' (haha,. aq xtw nme dy).
4. Kacau2 orang + buat huru - hara kat akademi dgn Shahddam. Best! :)
5. Aku pernah kena tolak kereta En. Mansor. Haha. Tak pasal2 bateri kereta dah takde. :)
6. Kereta mati bila kat traffic light. Gelabah giler time tu. :)
7. Kesabaran aku diduga. Huhu. Selalu miss 'Kau Laksana Bulan-TV2' :)
8. Ahha! Sikit lagi terlanggar amoi sebab dia yg tak reti bawak motor main redah je. :)
9. Suka tengok gelagat org + ready for d real world muiz! :)
10. Aku pernah pergi tanpa ........... Padah bila tidur balik time pagi. :)
11. Aku tak suka giler kena tunggu turn!!!
12. Kenal dengan sape2 entah. Haha.
13. Rindu nak minum nescafe ice kat cafe yang manis tahap GIGA. Huh!
14. Tester JPJ yang muka garang giler!
15. Ayat En. Mansor yg masih terngiang2 : pusing...ok, balas balik.... :)




Sunday, May 15, 2011

B!La LaH Ni,. :)

Assalamualaikum w.b.t

Ok, ini post suka2 sebab rasanya dah terlampau boring dah ni. Hehe. Ok lah! Aku nak lepaskan rasa 'amarah' lah sangat~ disebabkan dah penat dah konon2nya menunggu. Hehe. Ok, before that, haish! I'm going crazy becoz of you lah UiTM PUNCAK ALAM!!! Aku nak 'jumpa' 'kau', tapi aku xnak 'jumpa' 'kau'. Haha. *ayat keling. Aku nak sangat duduk diam, belajar, kat situ. Dlm masa yg sama, aq HARAPKAN sangat dapat IPG. Kalau dapat, nak keluar PALAM ker muiz?? Hadoi! Tau tak pe yang buat aku dah sayang sangat kat PALAM??? Coz all of these!!! :)




Sangat LAWA weiyh! Seriously first impression aku bila dapat ASASI KEJURUTERAAN, UiTM PUNCAK ALAM, aku rasa nak loncat2 jerk ari tu non-stop. Hehe. Takde lah. Dah nekad dah, harap2 lah aku dapat IPG tu, HARAP SANGAT2. Aku NAK PERGI SITU. Fullstop. Kalau tak dapat, enjoy & kena struggle giler2 lah yerk kat PALAM. :)

Sumber sikit dari Google, sumber banyak dari Kak Raihana. Haha. Saje promote muka akak. :)

Saturday, May 7, 2011

HaR! yG SerONoK!!!,. :)

Assalamualaikum w.b.t

Ok straight to d point. Semalam aku pergi kenduri kahwin. Wahaha~ sungguh tak percaya aku pergi kenduri kahwin. Malas giler sebenarnya, tapi bila fikirkan ke rumah sedara en. Tak elok lak kalau tak pergi. Lokasi semalam Felda Bukit Rokan Barat, Negeri Sembilan. Yg kahwin ni anak saudara sepupu aku. Haha. Aku yang berpangkat bapak sedara pun tak kahwin2 lagi. Hehe. Ni lah kalau keluarga belah ayah. Maybe sebab satu keluarga yang memang besar en. Tu yang sampai aku sendiri ada sedara berpupu2. Dah makin pening kepala aku. Dah macam faraid dah. Haha.


Tu je lah gambar aku nak letak. Haha. Bukan 'penting' pun. Hehe. Btw, kepada sepupu seperjuangan aku, YANA. Haha. Congrat dapat Diploma Pengurusan Pejabat kat UiTM. Takyah lah ke Form 6 yang jauh berbatu tu. Hehe. Tapi ni bukanlah yang seronok nyer tu. :)

Friday, May 6, 2011

AsASi!!! + TeKa2 B'saMa CiK NoNa AHmad,. :)

Assalamualaikum w.b.t

Yeah!!!!!! Alhamdulillah. At last. Ni lah muiz, apa yang ko kejar dari belajar abc dengan Cikgu Khatijah masa kat tadika dulu. Haha. Ye2 jerk. Dulu bukan aku nak jadi akauntan ke? Ahha.


Ok lah. Syukur sangat2 dapat pun asasi. Kat PALAM lak tu with u Kak Raihana. Kak Rai jadi senior aku, tak boleh bayangkan kalau dia buli aku nanti camne? Ahha. Mana r tau Kak Rai garang. Waa~!! Takpe, sy akan jadi junior yang baik. Haha. Seronok + takut. Btw, for sure aku tolak KMM. Sori lar ye KMM, tak dapat aku berbakti kepada kamu. Hehe. Buat masa ni, memang sure2 aku terima UiTM ni. Tapi tidak 100% sebelum keluarnya result KPLSPM. Hadoi! Agak rimas lah. Antara kerja dengan glamour + impian. Iya aku tak nafikan untuk masuk UNIVERSITI tu memang harapan aku dari dulu lagi. Kalau tanya budak kecik pun, diorang tahu untuk jawab apa kalau ditanya soalan yang berkaitan tu. Aku nak rasa semua tu. Tapi SEANDAINYA aku dapat IPG, patut ke aku KELUAR dari asasi? Memang untuk tika ni aku tak nafikan IPG lagi banyak PRO dari asasi. Study 5 tahun sampai degree + elaun RM600 sebulan *org kata + yang paling utama sekali, confirm kerja. Aku pun tak prefer nak kerja dengan swasta ni. "Kerja dengan goverment dah tentu2 terjamin masa depan", tu kata ayah. Parents harap sangat aku dapat IPG even diorang tak kata nak bagi pressure kat aq untuk pilih. Sir pun lagi prefer IPG. Adik-beradik aku pun prefer IPG. Jiran2 + sedara pun prefer IPG. Oh ye, makcik KL + cikgu Herda jerk prefer matriks. Hehe. Kak Raihana + member2 semua sure2 prefer asasi. Kalau lah dapat IPG n pergi, & aku tolak asasi. Tak guna lah aku pasang niat semua nak masuk U, nak dapat asasi. Tapi kalau aku pergi jugak asasi, camne ek masa depan nanti? Makin lama makin susah dapat kerja. Itu fakta. Banyak bukti sekeliling aku yang dah elok2 pergi matriks, keluar pergi IPG. Yang ada degree, last2 kerja buat bisness sendiri. Yang xkerja2 pun ada. Allah! :(

Thursday, May 5, 2011

PhySicS, MoV!e, & LiceNse,. :)

Assalamualaikum w.b.t


Aku pun tak tahu kenapa aku tergerak SANGAT nak letak gambar ni. Haha. 'Rindu' kot kat subjek yang aku TAK SUKA ni. Hehe. *kan Kak Rai? :) Ok lah, aku baru lepas baca satu status dari Abdullah Fadil Sulaiman kat FB. Kelakar lak dia boleh kaitkan online dengan physics. Hehe. Even benda ni just merepek saje ok. Tapi cukup buat kita tau yang sebenarnya apa yang pernah kita belajar, bukan setakat untuk diluahkan kat kertas peperiksaan tapi dalam hidup kita. Ahaa. But still not this way! :)

Satu daripada Physic's Law, WORK DONE = FORCE X DISPLACEMENT
Fakta mengatakan sekiranya lah dua2 elemen itu wujud, baru lah kerja akan terlaksana. Tapi cuba kalau kita relate dengan keadaan sekarang, means korang ( dan aku ) yg sedang online/blogwalking/whatever.

FORCE yg ada ialah BERAT BADAN kita dalam unit newton. ( kalau berat 168 kg = 1680 newton ) *haha, berat nak mampus! :)

DISPLACEMENT lak pergerakan korang. Tak tahu lah kalau ada yang tengah blogwalking/online dalam keadaan berlari. :) So, memandangkan kita tak berganjak dari tempat duduk, for sure displacement kita 0 m.

Masukkan dalam equation, *wahaa~ macam belajar math. :)
WORK DONE = 1680 X 0 = 0

So, korang ( dan aku ) tak buat pape kerja pun!! Haha. tak tahulah kalau korang jenis tengah masak kat dapur + online pun kat dapur. Sebelah bawang, sebelah laptop. Haha. Kalau ada, kemain teruk kome ye! :)

Betul kan apa yang kita belajar masa Form 1 dulu, SCIENCE IS A STUDY OF LIFE while MATHEMATICS IS A WAY OF LIFE. *aku jumpa kat paper statement pasal math tu. Pentingkan 'mereka' tu kat zaman sekarang? Tinggal lagi ilmu yang diguna tu dalam jalan yang betul or tak. Renung-renungkan. :)

Sunday, May 1, 2011

TIPS | Dynamic View + SUKA! :)

Fuhh! Fuhh! Berhabuk dah blog ni. Haha. Sikit benda yang nak di kongsi selepas ditutorialkan oleh Azan Shukor. Gaya baru blogger yang lagi simple + santai + smart. Just tambahkan /view pada url blog. Itu kata beliau lah dan juga aku. Haha. Betul & 99.99% jadi. Lagi 0.01% tu untuk mereka yang mungkin tak dapat tengok disebabkan komputer 'hang' terus. Haha. Mana lah tau ada yang marah aku sebab kata "takda pun~!!" :) Kalau nak tengok contoh, tekan kat bawah. Promote blog sendiri. :) Ada 5 view tapi yang aku rasa paling smart 'mosaic'. Best kalau blog yang jenis banyak letak gambar2 ni kat post. By d way, thanks for d info. :)