Saturday, June 25, 2011

SwEeT SundaY,. :)

Assalamualaikum w.b.t


'Sangat' lama dah tak update apa-apa kat sini en, en. blogger? Haha. Macam sedikit hilang minat dah nak blogging tahap parah macam dulu. Tapi sekarang BLOG INI TELAH BOLEH DIBUKA MELALUI CHROME. *Haha. Semangat naik sikit. Plus memang seriously akhir-akhir ni macam 'mandi tak lena, tidur tak kenyang'. Adakah aku homesick? Mungkin iya kot. Jealous bila angah kata "internet kat rumah dah jadik 150kb++/sec". Laju tu! compare dengan kat sini. *Pernah terjadi 0kb/sec. Hadoi! Aku ni 'college'sick pun iya jugak ni. Haha.

Ok2. Hari ni 260611. Dah sebulan 3 hari aku kat PALAM. Haha. Life makin lama makin dah boleh adapt even kadang - kadang sedikit terrible. Environment kat sini, cara hidup, bagi masa semua dah boleh adapt dah. Kalau dulu pukul 6.30 dah mandi, tpi sekarang 7.30 pagi baru mandi pun boleh~. :) Kerja 'sekolah' pun dah start melambak2. Assignment itu lah, ini lah. Quiz lagi. Test lagi. Dengan presentation lah. Group work lah. Sampai aku tak tahu nak buat apa dulu. Haha. Plus dengan kena daftar kokorikulum lah. Oh tidak! Aku memang sangat 'rajin' koko segala ni. Please lah. Aku dah penat 'Berkhidmat Untuk Negara' 3 bulan dulu, kata ada pengecualian. Pastu ada jugak yang kata budak asasi tak payah terlibat dengan koko lah. "Ok, unit kokorikulum sila jawab kat sini". Haha. :)

Saturday, June 18, 2011

HaHA,. LaWaK! :)

Assalamualaikum w.b.t

LOKASI : D'Haz Cafe ( Kolej Angsana )
MASA : 09.41 pm, 18-06-2011
TUJUAN : Flirting. Tak! Pergi makanlah. :)

Akak Cafe : Hi dik. Selamat datang ke D'Haz Cafe. Nak makan apa? Kami mempunyai pelbagai jenis hidangan makanan yang pastinya sesuai dengan citarasa adik. :) *Ok tipu je. Aku datang akak tu buat muka mintak kaki. Haha. Ayat Fadhli Suhaimi.

[Aku dengan penuh nafsunya 'mencedok' (betul ke penggunaan ayat aku ni?) mee goreng ke dalam pinggan + telur dadar + sosej.]

Aku : Berapa kak?

Akak Cafe : [Fikir sekejap sambil jari 'mengomel-ngomel'. Tengah mencongak kot.] RM 2.50 dik.

Aku : [Sikit 'teruja' sebab biasanya kalau aku amik sebanyak tu, mungkin jejak RM3.50 sekali air.] Air sekali ke kak?

Akak Cafe : [Tersenyum. Mungkin fikir aku tak percaya.] A'ah. :)

[Aku dengan seronoknya bukak dompet. Ada not RM 1.00 tiga keping & RM50.00 sekeping. Aku pun keluarkan RM 50.00 sebab aku fikir nak pecahkan duit tu.]

Akak Cafe : [Reaksi terperanjat macam tak pernah nampak duit RM 50.00.] Takde duit lagi 'besar' ke dik? *Menganjing! Haha. Tipu jerk. Dia tanya takde duit kecik ke? :)

Aku : Owh ada sebenarnya, kak. [Masukkan balik RM 50.00 tu. Aku keluarkan RM 2.00 je dulu. Lagi RM 1.00 tu sebelah belakang.] Nah! Hambik kau! *Takdelah macam tu. :)

[Akak Cafe tu amik duit tu & terus masukkan dalam tupperware duit. Reaksi akak tu tak menunjukkan dia sedang bertanya "lagi 50 sen aku mana?".]

Aku : [Pelik] RM 2.00 ke, RM 2.50? [Tangan aku dah bersedia kat dompet nak keluarkan lagi RM 1.00. Yelah, aku takde 50 sen kan.]

Akak Cafe : Erm. Takpelah. RM 2.00 je. :)

Aku : Terima kasih, kak. [Baikkan aku? Dush3! :).]

[Sambil tersenyum bangga, aku terus tutup dompet aku masuk ke dalam kocek. Jimat duit aku hari ni.]

Tuesday, June 14, 2011

BEST LahH!!!,. :)

Assalamualaikum w.b.t

Haha. Sangat tak sabar untuk tunggu weekend! Ok2, straight to the point, best sangat sebab Cikgu Herda datang PALAM hari ni + Kak Husna pun ada. Haha. First time kot jumpa dia. "Kak Husna seorang yang pemalu". Ahaa, tu statement yang dikeluarkan oleh Cikgu Herda ok. :) Sangat best jugak bila dapat jumpa balik hampir semua dak2 GMC dalam satu tempat-Kolej Rafflesia. Coz even GMC ramai kat sini, tapi sangat JARANG dapat terserempak even seorang. Balik-balik muka Fadhli Suhaimi yang sama Group P dengan aku. Sangat tension. Haha.

By the way, "cikgu thanks for coming. ( Big thanks to Kak Husna sekali. Hehe. ) Saya sebenarnya tadi terfikir nak beli 'hadiah' untuk 'dia' since cikgu dah nak balik maktab esok kan? Means macam nak say congratz jelah untuk Final SEM dia' yang HEBAT! tu. *Ok, sy yg xcited. Hehe. Tapi bila dah ramai-ramai + dengan gelak-gelak semua. Terus lupa dah. Hehe.

Sangat kelakar dengan reaksi Hasmila Nazri & Iesza Raihan bila dapat tau cikgu datang. Ahmad Arif lak, sangat excited bila kata, "ok Muiz, lagi 5 minit aku sampai". Tapi 30 minit++ baru sampai. Nur Zafirah pulak macam teruja tak percaya cikgu datang. Bila dah post kat Facebook, sangat ramai budak2 yang bukan PALAM, jealous. Bukti betapa ramai yang sangat sayang kat Cikgu Herda. Hehe. Dah macam bodek aku ni. Haha. :)



*Terfikir tak korang aku macam sangat banyak guna perkataan 'sangat'?? Haha. Entah sebab kenapa. :)


Sunday, June 12, 2011

KaL! KeDua PaSaL PALAM,. :)

Assalamualaikum w.b.t

Salam 1 UiTM. Haha. Skema. Ok jujur! Aku sebenarnya tak tahu nak update apa, tapi blog Hasmila Nazri buat aku terdorong untuk update gak. So kalau boring/menyampah/benci/malas/watever post kali ni, tujukan cursor anda ke button hujung kanan atas sekali & klik tanpa was-was. Haha. *Kalau tak paham tak tahu lah nak cakap apa. Sehabis sopan dah tu.

Btw, kenapa aku tak boleh bukak blog ni kat GOOGLE CHROME! Aku rasa bukan aku sorang je, tapi semua pengguna CHROME tak boleh bukak blog ni. Tension? Ya! Ok dah lupakan. :)


Dah tengok? Baru boleh tekan bawah. Haha. Demand! :)