Saturday, June 18, 2011

HaHA,. LaWaK! :)

Assalamualaikum w.b.t

LOKASI : D'Haz Cafe ( Kolej Angsana )
MASA : 09.41 pm, 18-06-2011
TUJUAN : Flirting. Tak! Pergi makanlah. :)

Akak Cafe : Hi dik. Selamat datang ke D'Haz Cafe. Nak makan apa? Kami mempunyai pelbagai jenis hidangan makanan yang pastinya sesuai dengan citarasa adik. :) *Ok tipu je. Aku datang akak tu buat muka mintak kaki. Haha. Ayat Fadhli Suhaimi.

[Aku dengan penuh nafsunya 'mencedok' (betul ke penggunaan ayat aku ni?) mee goreng ke dalam pinggan + telur dadar + sosej.]

Aku : Berapa kak?

Akak Cafe : [Fikir sekejap sambil jari 'mengomel-ngomel'. Tengah mencongak kot.] RM 2.50 dik.

Aku : [Sikit 'teruja' sebab biasanya kalau aku amik sebanyak tu, mungkin jejak RM3.50 sekali air.] Air sekali ke kak?

Akak Cafe : [Tersenyum. Mungkin fikir aku tak percaya.] A'ah. :)

[Aku dengan seronoknya bukak dompet. Ada not RM 1.00 tiga keping & RM50.00 sekeping. Aku pun keluarkan RM 50.00 sebab aku fikir nak pecahkan duit tu.]

Akak Cafe : [Reaksi terperanjat macam tak pernah nampak duit RM 50.00.] Takde duit lagi 'besar' ke dik? *Menganjing! Haha. Tipu jerk. Dia tanya takde duit kecik ke? :)

Aku : Owh ada sebenarnya, kak. [Masukkan balik RM 50.00 tu. Aku keluarkan RM 2.00 je dulu. Lagi RM 1.00 tu sebelah belakang.] Nah! Hambik kau! *Takdelah macam tu. :)

[Akak Cafe tu amik duit tu & terus masukkan dalam tupperware duit. Reaksi akak tu tak menunjukkan dia sedang bertanya "lagi 50 sen aku mana?".]

Aku : [Pelik] RM 2.00 ke, RM 2.50? [Tangan aku dah bersedia kat dompet nak keluarkan lagi RM 1.00. Yelah, aku takde 50 sen kan.]

Akak Cafe : Erm. Takpelah. RM 2.00 je. :)

Aku : Terima kasih, kak. [Baikkan aku? Dush3! :).]

[Sambil tersenyum bangga, aku terus tutup dompet aku masuk ke dalam kocek. Jimat duit aku hari ni.]


Ok tu je sebenarnya yang lawak tu. Kelakar gila tengok reaksi akak tu bila aku keluarkan duit besar. Mungkin dia tak cukup balance or maybe diorang dah siap packing duit jualan untuk hari ni. Yelah, aku datang masa kedai tu lagi 15 minit dah nak tutup. Aku try jugak makan dekat2 dengan kedai tu mengharapkan bila diorang dah siap2 nak kemas tutup kedai, akak tu cakap "dik, nak tambah air ke, ayam ke, telur ke lagi? Percuma." Tapi takpun. Penat aku tunggu. Haha.

So kesimpulannya, lain kali datang kedai masa dah nak tutup. Standby je dari jauh, agak2 orang tu dah nak tarik tirai besi kedai tu, baru datang. *Melampau lak macam tu rasanya. Haha. Mana lah tau dapat free. Pastu kalau bayaran yang dikenakan tu ada sen & kalau perasan tupperware orang tu takde duit syiling + duit kecik je semua, keluarkan duit paling besar yang korang ada. Supaya dia menjajar fikir macam mana nak bagi balance money. :)

Lain - lain. Congratz to Tuan Haji Hatdran bin Haji Mansor(ayah) sebab berjaya dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 peringkat Batu Pahat. Anakanda nak tengok live kat internet. Tapi internet kat sini terLAMPAU 'LAJU'. So tak dapat abg de nak tengok. Hehe. :)


Oh! 1 more thing. Aku tukar url blog ni just suka2. Saje url kali ni macam nampak motivasi sikit. :)

That's all. :)


1 comment:

syashafie said...

dhaz mmg best ! :D
rindu lak puncak ! huuu~