Friday, July 29, 2011

SaYa 'RiNDu'~ HaHa,. :)

Assalamualaikum w.b.t

Fuhh! Habis dah minggu ke-8. Ada lagi 7 minggu je lagi untuk Final Exam Semester 1. What??! Gila lahh. Rasa macam tak sedia lagi pun ada ni. Dgn assignment + projek tak habis2. Test/Quiz semua main 'langgar' je. Jawab apa yang tau. Haha. I've got my Chemistry & Physics test. What can i say is, Alhamdulillah. :)

Ok balik pada tajuk entry. Saya rindu seyh ............ kat maktab. :) Teringat masa-masa buat SEM, study, pergi kelas, haruk kat dorm, & tak boleh lupa, 'jenayah' yang terbesar pernah aku buat kat maktab dulu. Haha. Bila teringat balik, rasa kelakar lakk. Cuak tahap tak ingat masa tu. Pastu beranikan diri berdepan Ustaz Radzi. Haha. Tak boleh lupa kot moment tu. Jenayah apa? Ok, rahsia. :) Aku pun rindu jugak nak pergi lagi Kuala Pilah. Jalan2 kat situ, ke ulu bendul. Aish! Harap akan ada lahh lagi peluang untuk rasa macam dulu lagi. & pada Ayie Rahman & Akmal Hazman, nak sangat jumpa korang, nak sangat ke KL tu. Bukan takda masa, tapi macam tak jumpa masa yang sesuai. Plus aku bukan gheti bebeno jalan2 kat situ. Ada aku naik bas/komuter nanti, tau2 ke Kedah sapa nak jawab?? Haha. :)


Kat Johor / Selangor tak jumpa macam ni. Kat N9 --> Kuala Pilah je. :)

Monday, July 25, 2011

TePuKan KePaDa Diri SenDiri,. :)

Assalamualaikum w.b.t

TAHNIAH kepada Muiz kerana 'sudi' berjalan dari :

DKF5 ---> Bilik Aktiviti Pelajar FF2 ---> PSB ---> separuh tangga 'kejayaan' ---> PATAH BALIK PSB ---> PATAH BALIK Bilik Aktiviti Pelajar FF2 ---> PSB ---> tangga 'kejayaan' ---> Kolej Angsana (Blok A3)

Moral Value untuk hari ni :
Tinggalkan lahhh lagi LAB COAT kat locker & KUNCI BILIK kat dalam beg.

Haish!!!


Saturday, July 23, 2011

BaLiK DaH~ :)

Assalamualaikum w.b.t

Kejap je kan dah seminggu? Oh tidak! Tak puas boleh tak?? Haha. Esok dah nak kena balik semula ke PALAM. Means bermula lahh kembali moment2 study tahap 'gila' yang dah ditinggalkan seminggu ni. Sumpah aku tak boleh belajar kalau kat rumah. "Habis, habis gitu je" *Haha. That's my mom's word. 

pd mlm sblum hari pndftrn kat PALAM 230511 :) *saje jerk,.

Hari ni dah 22 Sya'ban 1432H. Lagi seminggu dah puasa. Means dah nak bulan Ramadhan. Allah, timbul dalam hati aku takkan nak jadikan kali ni Ramadhan2 yang sama macam dulu?? Sekarang dah takde istilah terpaksa, semua ni. Semua terletak diri sendiri. Muiz, harapnya kuat lah untuk kali ni. :)

Sedangkan kita study pun kita pasang aim untuk berjaya dalam peperiksaan, dapat kerja yang senang. Sanggup study sampai tengah malam siapkan tutorial, buat note, siap tampal memo kat dinding sebab takut lupa. Tak paham soalan, sanggup carik member yang betul2 paham. Tak malu mintak ajar. Then esok punya kelas, malam lagi dah siap ready masukkan buku dalam beg. Kalau dah masuk minggu quiz/test/exam, mula menjajar baca buku takut2 esok lecturer tiba2 buat quiz/test/exam. So takkan 'benda' yang lagi 'besar' maknanya iaitu HIDUP kita pandang lalu je? Anggap yang hidup ni pun untuk 'exam' kita suatu hari nanti. Bukan ke dunia ni persediaan untuk akhirat? Lagi lahh kita ni tak tau bila kita mati. Jangan sampai pada satu tahap Allah bagi nikmat kat kita secara berterusan disebabkan Allah nak biarkan kita terus jahil. Bersyukur, berubahlahh muiz~

Tuesday, July 19, 2011

oUTinG,. Hee~ :)

Assalamualaikum w.b.t

Serious aku rasa nak pergi jumpa Mark Zuckerberg, datang depan dia, pastu tonyoh2 dahi dia cakap "Kalau kau tak payah upgrade Facebook lagi boleh tak? Apehal IM kat Facebook aku dah tak boleh scroll up scroll down. Statik jerk memanjang. Pastu apehal orang yang offline pun tunjuk online? Tak pasal2 aku kena sound dengan mak aku kata aku online pagi2 buta, padahal aku tengah tidur lagi masa tu. Aish! Waa tengok luu kecik besar kecik besar je." *ok,. tetiba,. :)

Ok first of all thanks pada Khairi Amin & Farhan Hassan sebab memeriahkan hari semalam. Best2! Baru lepas tengok TRANSFORMER 3 : DARK OF THE MOON. Patutlah Zulkhairi Badrulhisham kata cerita yang patut ditengok. Haha. Paling tak boleh blah, boleh hacked jambatan tu. Hebat2! Optimus Prime, smart! Haha. *Jangan caya sudahlah muiz. Then, benda2 yang memalukan tu semua just senyap je ea. Haha. Segan seyh. Nasib baik tak ramai orang kat pusat bowling tu. & nasib baik takde polis kat area jalan ayer hitam-sri gading tu. Ayah pun tak pernah reverse kat jalan besar yang sangat banyak kereta. :)


Tak sabar nak tunggu cerita Bini-biniku Gangster : Lu Langsi, Wa kahwin lagi. Haha. Cannot go~ Haha. Pepun, tengok trailer dulu jomm. :)


Friday, July 15, 2011

Aq KaT rumaH,. PaHaM x??,. HahA,.

Assalamualaikum w.b.t.

First, abaikan tajuk entry yang sopan tu. Haha. Macam biasa, entry yang WAJIB dibuat setiap kali balik rumah. Sekarang dah cuti MidSem. Sekejap je kan? Tau-tau dah habis 1/4 study aku kat asasi. Rasa macam baru semalam daftar PALAM. *Bajet imbau kenangan lah sangat. Baik cakap baru semalam daftar tadika. Haha. So, sampai BP pukul 10.00mlm ++. Bapak boring duduk dalam bas 4 jam. Nasib baik en. laptop ada. Orang keliling pandang macam slack je. Haha. Lantak pi. Yang penting habis cerita, terus dah exit tol tangkak. :)

By d way, "Ingat ye muiz yang kamu hav a lot of work to do. Project Group CSC098, Presentation & Assignment CTU085, Homework BEL260, and buat lah revision sikit2 PHY094 & MAT093. Ha! Buat tutorial MAT093 yang tak siap2 tu. 'Rajin' sangat lah tu sampai tak siap2. Haha. Eh! Naik cuti ada test CSC098 & BEL260. So, belajar lah ye? Ha! Kalau cuti ni pun ada mastering, memang aku sekeh2 UiTM. Haha." *Tiba2 terasa nyesal lak tak bawak buku teks CHM092. Ni sebab buku teks PHY094 lah ni banyak makan ruang beg aku! Dah macam bawak balik batu dah aku rasa. :)

:)

Tuesday, July 12, 2011

[No Title]

Assalamualaikum w.b.t

[Pada kalian semua, first of all ignore kan ea entry ni. Sebab entry ni sangat pentingkan diri sendiri. *Means pasal saya, ok? :)]

Entah nape lah. aku rasa aku takde problem peribadi yang sangat membebankan, or assignment yang sangat memenatkan, or papelah. Tapi seriously malam ni aku rasa sangat rindu kat Kak Raihana. *Ok, kak rai pun ignorekan je ea merepek2 sy mlm ni. :)

"Akak, tak tahulah nape. Dulu kalau saya ada problem, akak lah antara orang pertama yang akan saya terfikir untuk telefon, 'mengadu', & akak lah gak yang bagi macam2 nasihat. Masa saya 'down' dengan study masa SPM dulu, akak lah jugak yang bagi nasihat. Result SPM akak, sepanjang tahun sy jadikan motivasi bila terasa tension/malas study. Bila baca post2 akak pasal PALAM dalam blog, dari dulu lagi saya rasa boleh2 nak masuk PALAM jugak. Even note akak untuk PMR 2008 saya, sehingga ke Asasi Kejuruteraan 2011 saya 'guna'. Hingga sekarang, akak tetap antara orang2 yang saya nak buktikan yang saya boleh. Ya, saya dah 18 tahun. Dah boleh fikir dah pasal diri sendiri. Mane baik, mane buruk. Tapi hingga hari ni, saya rasa perlu lagi 'semangat' dari akak. So, thanks ye kak coz 'mendorong' saya hingga saya ada kat tahap ni & ada satu tempat dengan akak kat PALAM. Rindu kot kat gila2 + gurau2 akak dulu. Hehe~ Doakan saya berjaya k?~ Saya pun doakan akak berjaya~ + bahagia dengan Abang Naim. Pada saya, akak tetap akak saya sampai bila2." :)

*Rasa macam nak jumpa je akak sekarang, tapi tak tahu nak cakap apa. Lagipun sekarang dah jarang gilerrr teserempak dengan akak. Haish! :)

Esok test CHEMISTRY & MATHEMATICS. :)


Tengok ni. :) Kak Raihana.



Saturday, July 9, 2011

BaLiK!!,. BaLiK!!,. :)

Assalamualaikum w.b.t

First, aku tak sabar nak balik! Haha. Aku nak tidur puas2 kat bilik, main game puas2 guna keyboard komputer rumah, on-line puas2, nak gi belanja sakan puas2 since duit KPT kan dah masuk. Hee~ *Ayah kata "RM300 buatlah belanja". Haha. Besar maknanya tu ok. Aku nak beli barang puas2. Then ibu kata along hari tu bawak balik cerita. Harapnya dia tak bawak lah balik ke JB. Tu pun nak tengok puas2. Haha.

I'm already done with my Physic's Test just now. Hopefully i'll get the best mark coz i'd done it HABIS BAIK dah tadi. Sampai tidur pukul 2 lebih + berlari2 ke bilik sendiri n member untuk menyiapkan Mastering Physics. Ish serious weiyh aku tak pernah belajar bagai nak rak macam ni untuk test. Ya, padahal TEST JE KOWT?! Dulu kat maktab masa Standardized Test, relaks je aku kalau esok test. Padahal 15% dari Standardized Test tu untuk pointer. Kat sini 10% jerk. Apa nak risau? Haha. "Nak buat macam tu gak ke muiz sekarang? Ehem,. Ehem,." :) So rabu ni test Chemistry & Mathematics lak. Insya-Allah boleh kot. Kena pastikan test2 yang 'kecik' ni score for self motivation untuk score bila final exam nanti. Kalau test / quiz pun dah rendah, final nanti takut down. Tu cara aku motivate diri lahh~ :)

Tengok kat Asasi Kejuruteraan --> P3. :)

Friday, July 1, 2011

MaKa Beg!TuLaH,.. :)

Assalamualaikum w.b.t

Bila mana GILA aku datang bajet takda assignment yang nak kena hantar, takda presentation yang nak kena siapkan, takda tutorial yang nak kena buat,  & test yang macam lamaaaaaa lagi. Haha. You're Beautiful. Done. Within 4 days only. Haha. Serious best. Saje tengok untuk hilang sekejap tension belajar. Haha. *Padahal tengok cerita tu macam nak apa. So credit to Ahmad Hakim bin Amir Hamzah for the drama. Serious best untuk drama yang ke-7 ni. Ranking dalam 8 out of 10. :)

Mesti tengok kalau tak pernah tengok. Haha.