Monday, August 1, 2011

HeRe Is RaMadHAn~ :) *aFteR EDiT

Assalamualaikum w.b.t

Ok. Ini entry 'wajib'. Hampir semua blog aku tengok akan ceritakan kat blog mereka tentang pengalaman, Ramadhan, puasa, sahur, berbuka, ok raya pun ada. -Gilalahhweh!!!- *ok, tipu. Haha. So dah masuk bulan Ramadhan 1432H. ... ... ... ... *Apa aku nak cakap ek tadi? Adeh! Lupa dah. Tengah sejuk2 ni, agaknya otak jadik kecut. *Entry ini dibuat pada pagi-pagi buta 1 Ramadhan. Oh! Aku sangat 'seronok' hari ni sebab dapat jalan - jalan ke Kolej Rafflesia bersama-sama Syukri Kamil pukul 5.00 pagi mengharapkan adanya sebutir nasi & setitik air di situ. Tapi, malangnya sampai - sampai je, hanya angin sepoi-sepoi bahasa dan bunyi cengkerik bersahutan. Haha. Tension aku. So last2 balik bilik menghadap biskut Munchy's Lexus dan Nescafe Mild jelahh beserta air masak cap heater. Ahha. Oh yerk! Aku sangat suka tarawikh kat sini! Ramai gilerr! Dah macam masa MDS lak. Pastu kat sini lain daripada yang lain. Lepas rakaat ke-4, tiba-tiba imam naik mimbar. Sejak bilalahh tarawikh ada khutbah nihh? Haha. Rupa - rupanya tazkirah & kat sini buat 8 rakaat je. Pastu lepas witir, lepas niat puasa untuk esok, terus habis takde doa2. Terkebil-kebil aku masa tu. Haha. Walaupun ramai, suasana still best! :)

Teringat Ramadhan sebelum2 ni. Bila mana masa tadika dulu dah kena belajar puasa penuh & ayah ugut tak puasa, takde duit raya. Ciss. Time tu aku punya suci, puasa jelahh. Tak puasa kang, tak dapat duit raya lak. Haha. Masa Form 3 dulu baru hari kedua puasa dah pasang lagu raya kat speaker asrama. Nasib baik masa tu warden takde. Kalau tak, tergugat puasa warden aku tu. & paling best 4 sure lahh puasa kat MRSM Gemencheh. Waa~ sangat rindu weiyh! Pukul 4.30 pagi lagi DS dah bukak untuk sahur. Dengan tak mandi, tak basuh muka, berbajukan tidur, *apa ayat ko ni muiz? terus pergi DS. Masa Form 4 dulu, teringat batch sendiri memekak kejut sahur ramai - ramai. Murni kan mereka? Tapi tak berapa nak murni bila cara diorang kejut macam nak mintak penyepak! Haish! Sampai sekarang aku ingat. Dulu serious sakit hati gila. Tapi sekarang, tersenyum jelahh. Semua tu kenangan manis. Then lepas sahur, ramai yang tidur balik. Giliran BADAR lak balas dendam kejut bagai nak gila untuk turun subuh. Tapi kurang berkesan sebab mereka tak berapa berpengaruh. Biasalahh. Buat baik, fikir 7/8 kali kan? Time buka masa Form 5, pukul 6 lagi dah pergi DS ambik dulu makanan sebab taknak beratur punya pasal. Bila time berbuka, kering je dah. Haha. Pastu time berbuka, usha2 'beliau'. HAHAHA. Taklahh. :)

Ditokok-tambah pada 020811 : Ahaa. Bukan apa pun. Cuma terasa nak tulis lagi tentang GMC tapi malas nak buat entry baru. Haha. 


Dari kiri bawak ke kanan : Feera(504), Anis(506), Farahin(505), Molly(505), Tashort(508)
See! Belah atas kiri surau, belah atas kanan DS (Dewan Selera), tengah2 bawah koperasi *Aku takde gambar lain. Haish! Ok, just want to say i'm really really really really really miss all of these places bila mana Ramadhan ni. *Kuat betul impak kau wahai GMC sebab aku terasa macam orang putus cinta. Haha. Part DS bila mana waktu sahur & berbuka. Part surau bila mana tarawih. Part koop bila waktu2 nak berbuka kot.

Ok. First surau. 4 sure lahh bila masa solat penuh satu surau + hiruk-pikuk nya lagi + pergerakan agak terbatas apabila langsir penghadang lelaki & perempuan dibukak. Ishk. Ingat lagi bila 'ter'lambat masuk surau, pastu 'ada orang baik' bukak langsir tu masa baca al-ma'thurat, pikir 5/6 kali weh nak masuk ke taknak. Kalau ada Shah Izzuddin, memang aku bertolak-tolaklahh dengan dia siapa masuk dulu. Haha. Sebab tu lahh kot boleh2 duduk depan2 + itu memang port biasa. Belah kanan surau depan sekali. Port terbaekk sebab kalau ustaz bagi ceramah, kat situ terlindung. Ayie Rahman kata, niat nak ibadah diterima. Okay~ Haha. *Perasan tak aku dah lari topik gila2 tak berkenaan langsung dengan tarawih? Owh, sekarang surau dah ada air-cond. Untunglahh~ :)

DS. Sahur & berbuka. Start dari GMC lahh aku rasa hari2 sahur aku paling awal. 4.30 pagi. So rasanya padanlah kan bangun je terus gi sahur sebab tegasnya aku takkan mandi pada waktu seperti itu! Haha. Dulu masa F4 kat GMC, aku selalu merungut "napa lahh sahur makan nasi goreng je? Mee goreng je? 'dicatu' pulak tu". Yelahh sebab 3 tahun kat SMKDSE, sahur aku macam berbuka. Berbuka aku macam berbuka. *ok. sengett! Tapi bila lama-lama dah biasa dahh. Lagi lahh sekarang sahur sendiri. Dapat sahur nasi goreng pun aku rasa dah cukup buat aku menangis terharu. Haha. *itu tipu. :) Part berbuka bila area pukul 6.15 petang dah turun DS, amik makanan dulu, baru naik balik asrama pergi mandi. Oh! Kena bawak surat khabar buat tutup sebab akak DS marah kalau tutup guna pinggan. Pinggan cepat habis nanti. Haha. DS kan sangat banyak lalat 'ternakan'. :) Then, dalam pukul 7 turun balik DS, tengok balik makanan tadi, dah macam 'pucat' tengok. Haha. Sebab dah sejuk + kering. Kalau ada lauk papadom *betul ke? dah lemau dah jadinya. Bila dah nak dekat2 masuk waktu, usha2 kat kaunter kalau2 ada lauk lebih & mula tarik tong air dekat dengan meja. Sebab tak sampai 10 saat bilal start azan, tong air lahh paling 'busy'. *Budak GMC kebulur air. Macam satu hari penuh tu berlari pusing padang 400m tanpa henti. Haha. Berbuka kat GMC sangat puas sebab rasa macam dah tak cukup tempat dah nak letak makanan. Dengan nasinya, airnya, aiskrimnye, buah lagi, tu belum lagi buah kurma, kuih hijau, biru, merah, kuning, karipap, keria, pisang, cengkodok. *Aku rasa aku lebih-lebih lak. :) Plus makanan2 koop diborongnya bawak ke DS + tiba2 hujung2 Ramadhan ada homeroom buat bazaar. Fuhh! Tak menang mulut makan. :)

Koperasi @ Koop. Yelahh, aku kan 'orang paling berpengaruh' kat koop. *chewah3! So ni lahh jugak 'tempat' yang antara 'bermakna' dalam hidup aku kat GMC. Dengan perangai cikgu, perangai ALK/AJK ALK sendiri, perangai member se-batch lagi, perangai budak2 semua aku pernah jumpa. Rasanya paling banyak mengeluh, pasal si koop ni lahh. Tapi sekarang aku nak jadikan semua tu sebagai proses 'aku belajar'. *Wahwah~ *Apa kena mengena dengan Ramadhan? Haha. Entahlahh derr~ :)


Ni gambar masa berbuka puasa sunat kot. Lebih kurang jelahh. Semua muka-muka 502. :)

By the way, semua tu kenangan. Realiti sekarang aku ber-Ramadhan kat tempat baru sekarang. & semuanya sendiri.  Kalau aku tak buka pun, takde sape kesah. Haha.

Tahun ini ia datang lagi,
Masih membawa wasiat dan tujuan sama dari RABB ,
Tahun ini ia datang lagi ,
Tapi berbeza sewaktu ku di bumi Gemencheh.

Bila ia datang sewaktu aku di Gemencheh,
Terpaut sudah satu janji untuk setia ,
Satu janji untuk selama-lamanya ,
Atas tiket ukhwahfillah kerana TUHAN ;
Mencari keredhaanNYA .

Bila ia datang sewaktu aku di Gemencheh,
“ Jal buka nak makan pe ?”
“ Bagun sahur , DS masak ayam”
“ Nak beli rotI john tak ari ni?”
“ Lapar la , tak sahur tadi”
Coretan dari teman sebagai selera Ramdhan.

Oh Ramadhan Kau datang lagi ,
Tapi kau datang dengan situasi berbeza,
Tiada lagi teman yang duduk semeja kuning di Dewan Selera ,
Tiada lagi kejut suhur yang mencuriga ,
Tiada juga suara qiam dan ayat-ayat quran dari meraka juga ...

Ramadhan di Gemencheh
Sesuatu yang tak berulang ,
Tapi harus disimpan sebagai bekalan
Untuk berada di jalan persahabatan menuju syurga Tuhan .
[ Sumber : Faizal Ismail ]

Kata-kata x-Presiden BADAR 10/11

Terima kasih GMC atas semua kenangan2, pengajaran yang bermakna. :)

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK pada seluruh keluarga, rakan-rakin, cikgu-cikgi SKSYP, SMKDSE, SMKAS, MRSM Gemencheh, Kem PLKN Nasuha, UiTM Kampus Puncak Alam. Sama - sama hidupkan Ramadhan ea~?

*Sahur tadi ibu kejutkan. Ibu tanya sahur makan apa? Bila aku cakap makan biskut je kot. Ibu cakap "takpelahh de", aku terdengar ibu sebak. Yelahh, ibu siapa yang sanggup tengok anak sendiri makan biskut je sahur sedangkan dia makan sedap - sedap kat rumah. Lagi lahh ni 1 Ramadhan. Aku rasalahh. "Ibu, abg De tak kisah. :)"

*Insya-Allah Ramadhan ni tak macam yang lepas - lepas. Janji.


*Tulis panjang2 macam ada orang baca. Haha. Lantaklahh! Ada certain2 masa saya tulis sebab bila satu hari nanti saya baca balik, saya akan tersenyum sebab inilah pengalaman saya yang taknak saya lupa. Skema. Alaa~ Aku tau siapa yang akan semesti-mestinya baca. Hasmila Nazri. Mekaseh2~ :)



4 comments:

ASYRAF B) said...

miss maktab right ? haha :)
experience as mjsc student is da best ever !
BIG TIME, HANDS DOWN ! haha

hasmila said...

MUIZZ !! sedih wehhh, aku rindu gemencheh jugak
nak balik jugak . sume nak ! haha
ohye,sape beliau?muehehe

Mu'izzuddin Hatdran said...

ASYRAF B) : yeh! sumpah rindu gila2!,. :)

Mu'izzuddin Hatdran said...

hasmila : alaa,. sebok r ko mila,. org rindu, ko pun rindu,. :P gmc tetap di hati lahh~ :)

beliau??,. ad ke aq ckp kat ats??,. typo kott,. mandai2 je ko ni mila,. :)