Wednesday, August 31, 2011

RaYa 2011~ :)

Assalamualaikum w.b.t

Salam Aidilfitri 1432H diucapkan kepada keluarga, saudara-mara, guru-guru SKSYP, SMKDSE, SMKAS, MRSM GMC, PLKN, lecturer-lecturer UiTM Kampus Puncak Alam, khusus pada cikgu Rogayah, cikgu Mat, teacher Mastura, cikgu Rozaimi, cikgu Fatimah maaf dah masuk tahun kedua tak beraya rumah cikgu. Waktu dan keadaan tak mengizinkan kot. Hehe. Tak lupa kepada cikgu Jam'iyyah, teacher Asnidah, Sir Fairdaus, Tuan Hj. Fauzan, ayahanda cikgu Anuar, ustaz Jasmi, ustaz Effendi, cikgu Rosli, cikgu Kasmuni, cikgu Shamsiah, ustaz Ashaari, please lahh cakap masih ingat saya lagi. Haha. Sangat-sangat tak lupa, teacher Emyliana, cikgu Herda, cikgu Johan, cikgu Balkiah, ustaz Razi cikgu Sharwanie, cikgu Maswita, cikgu Azizah, rindu GILA kat Delan~, cikgu Rodzielah, ustazah Suriati, Pak Chad, mama cikgu Umi!, Pada teacher Aini, oh adakah teacher terasa saya cakap teacher garang? :) Tak lupa Jurulatih-jurulatih PLKN, cikgu Roslan, cikgu Ramadhan, er~ lupa lak. & for sure pada kawan-kawan sedarjah, sehomeroom, sedorm, sebilik, segroup, dari SKSYP sampailahh ke UiTM Kampus Puncak Alam. Kawan hidup-mati, ex-502 '10, fahrur radzi, akmal hazman, faaiz, ok aku sangat TOUCHING dengan kau, shima, iesza, amalina, mia, zizie, fadil, apek, faiz, semua-semua *sampai esok pun tak habis ni. Tak lupa member setaman sesekolah rendah, asila, zainor, nanep nanenanena *haha nama kau kelakar, luqman *untunglah pergi Mesir dah bulan depan, izzuddin, faeizah, hidayah, muiz, sharina husna *penolong pengawas paling berkaliber kat SKSYP. :) Pada yang selalu bagi sokongan moral+hidup, nurafiqah, nurul atiqa, iera, KAK RAI!, thanks a lot. Tanpa kamu, siapalah diri ini. Haha. Pada Fatin Aqilah, Happy Birthday 300811, sorry kalau selalu buat kau sedih, insya-Allah aku tak pernah lupa kau. Pada Nurdiana, tahun ni 'suram' lah tanpa kamu. Sangat terasa sebenarnya. Takpelah, study elok-elok ya~ Tak lupa pada kawan-kawan baru, Asasian UiTM, Hakim, Suffi, Salam, semua P3 lahh. :) So, SEMUA SEKALI, saya Muhammad Mu'izzuddin bin Hatdran, no. pelajar 2011243***, menyusun 10 jari meminta ampun dan maaf atas segala keterlanjuran bicara, kebiadapan perlakuan, pada masa saya sedar, atau tidak, langsung, atau tidak. Doakan kejayaan saya dalam Asasi Kejuruteraan supaya saya dapat further Degree dalam course PILIHAN saya sendiri. Amiin. :)

Sunday, August 28, 2011

-MeRDEKa Vs. RaYa- :)



[Lagu diatas hanya untuk memeriahkan suasana]

Assalamualaikum w.b.t
(dari sudut pandangan budak 18 tahun)

29 Ramadhan 1432H. Sehari je lagi sebelum kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Habis dah Ramadhan. Means berakhirlahh jugak semua keistimewaan yang ada pada bulan Ramadhan. Agak sekejap kann? Pada aku lahh. Tak tahulahh kalau korang rasa "cukuplah beban aku sebulan" atau "excited siak nak raya!, cepatlah habis puasa hari ni!" atau "haaaah~ Semput!" *Ok, tetiba. Haha. Kalau ada terasa macam tu, cuba fikir balik, puasa ialah satu keWAJIBan yang perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh, atau hanya dengan atas sebab keterpaksaan? Renung balik ikhlas tak kita puasa, atau puasa sekadar untuk 'memenuhkan' Ramadhan? Sekadar lepaskan rukun puasa dengan menahan diri dari perkara batal puasa? Tak salah pun nak sambut raya dengan rasa excited tahap melampau, beli itu, beli ini. Tapi terfikir tak, tak ke rasa pelik bila sepatutnya Syawal Hari Kemenangan lepas melawan nafsu masa bulan Ramadhan, tapi bila Syawal je, terus kita 'kalah teruk' dengan nafsu kita. So, berpada-padalah ye~ :)

By the way, aku dah lari tajuk nihh. Haha. Actually dari tahun lepas lagi aku terfikir benda nihh since kemeriahan raya tahun nihh jatuh pada HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA ke-54 ye kawan2~. Memang dah dijangka lahh kan, 'sesetengah' orang akan lebih prefer untuk sambut raya and memang ignorekan lahh merdeka segala ni. Ke 'majoriti' orang? Haha. Perasan tak kalau dulu-dulu, sambut merdeka serious agak happening bila mana kedai2 pasang bendera besar2, kereta pun letak bendera, lori siap letak 2,5,6,8 bendera, tak kurang jugak yang patriotik gila2 siap kereta penuh lekat bendera. Budak2 pun siap letak bendera kat seat belakang basikal, berkonvoi kehulur-kehilir. Jalan jangan cerita lahh, tak sah kalau takda banner, bendera kat tepi jalan. Tapi sekarang? Sangat kurang kann? Masa balik naik bas hari tu, boleh dikatakan takda langsung kereta yang letak bendera kat kereta. Lagilahh tahun ni orang lagi meng'gila' nak raya. Terfikir tak, "APA MAKNA RAYA KALAU KITA TAK MERDEKA?", "APA JE YANG BOLEH KITA BUAT SEMASA RAYA KALAU KITA TAK MERDEKA LAGI?", "RAYA KE KITA KALAU KITA DIHALANG BUAT ITU DAN INI?" Means that bayangkanlahh kita nak jerit "Yey! Esok raya!", pastu tak pasal2 kena tembak. Excited nak tengok pengumuman raya kat TV, tiba2 penjajah masuk rumah pergi pecahkan TV. Or mungkin kita dah takde siapa2 lagi kat dunia ni disebabkan mereka semua kena bunuh/tangkap dengan penjajah, ke rumah siapa kita nak ziarah? Masa tu ada lagi ke suasana ketawa2, gurau2, segala? Analogi paling senang yang paling sesuai dengan environment sekarang, for those student yang bakal menduduki exam besar UPSR, PMR, SPM, STPM, or mungkin 'budak2 matriks & asasi', for sure lahh korang memang di'jajah' oleh kertas2 trial & homework & tutorial yang dah boleh dikatakan tahap membunuh dah. Haha. Kannnn? So, janganlah kita terus lupa tentang negara kita. *Ayat budak lepasan PLKN lahh weyhh~! :)

Saturday, August 20, 2011

KeLaJuAn'Ku' di PALAM~ :)

Assalamualaikum w.b.t

21 Ogos 2011. Lagi seminggu nak balik. Haha. *Muka tak menyabar nak balik. Rindu nak masak ketupat, bakar lemang, kacau dodol, main meriam, fire rumah orang dengan thunder king. Hehe. *Semua ni angan2 je sebab sedar lahh diri tu sikit muiz yang 'kampung' kau adalah TAMAN. Haha. Selalunya raya yang aku paling rasa 'nikmat' bila pergi rumah Mak Ngah jelahh kot kat Segamat. Sepupu2 + abg2 sedara ipar aku confirm benda wajib yang mesti ada kat rumah tu ialah mesingan *tak reti eja , bom tangan, C4, Colt M16, bom nuclear, dengan kehadiran CALCIUM CARBIDE. Nama 'timang-timangannya' ialah KABAIT. Guys kalau tak tahu, buruk perangai. Haha. Pemberi maklumat selanjutnya, tekan sini.

*Aku dah menyimpang jauh dengan tajuk nihh.

Ok since hari ni aku 'terpanggil' untuk bangun awal untuk men'settle'kan MasteringChemistryYang'Senang'TahapGaban nihh, tetiba aku terjumpa full movie untuk Senario Ops Pocot kat Youtube dalam blog beliau setelah suka2 scrollup-scrolldown kat Group Facebook. *Aku sangat fokus dalam membuat assignment. Haha. Pastu terus lahh downloads. Apa yang seronoknya, tengok nihh~ :)


Haha. Giler lahh. Bila aku tengok, aku rasa macam aku sempat kahwin dulu baru dapat tengok. Haha. *Tipulahh gitu kann~
5959 hours ( 1 day / 24 hours ) = 248.2916667 days
Aku dah rasa giveup tapi berkat kesabaranku 'menggunung', last2 dalam jam 8.39 am, jadik macam nihh dahh~ :)


Sumpah time tu aku excited giler. Rasa nak tepuk-tangan-tanpa-henti untuk kejayaan besar internet kat PALAM + IDM. Haha. Tapi tak boleh terlalu teruja sebab internet kat PALAM bagi pengguna2 cable seperti aku nihh memang akan selalunya merasa kelajuan seperti gambar first tadi. :) Tiba2 aku terfikirkan satu conclusion, adakah pada jam 8.39 am, ramai lagi yang masih tidur?! Haha. Bangun2! Untuk mereka beragama Islam dan berpuasa, ni kan dah fasa terakhir bulan Ramadhan, fasa pembebasan api neraka.

Bulan Ramadhan itu awalnya rahmat, pertengahannya keampunan, dan pengakhirannya adalah kemerdekaan (dilepaskan) dari api neraka. (Riwayat Imam Muslim) Sumber & info lanjut : sini.

So, berubahlahh ke arah kebaikan ye 'diri' & anda-anda. :)

Saturday, August 13, 2011

BesT BRO~ :)

Assalamualaikum w.b.t

Setelah sekian lama kan tak tulis pape? Haha. Orang kata bulan puasa tak boleh cakap banyak2. *Hmm,. Punn bolehh~, muiz,. :)

Ok post laju2 sebab Mastering Chemistry & Physics tak siap2 lagi. Haha. First of all, setinggi-tinggi congratulation to Akmal Hazman (ex-GMC student), Ikram Ariff & Arina Izzati (student PALAM segroup) sebab dapat JAD (Japanese Associate Degree Program) kot tak silap. Sumpah mereka hebat! & aku pun sangat JEALOUS! Haish! Rezeki masing-masing kan? Takdir aku KEKAL kat UiTM Kampus Puncak Alam. By the way, good luck korang. :)

Kiri Akmal. Kanan Fahrur. Fahrur kata tahun depan dia pulak pergi UK. Pergilahh~ Haha.
Kiri Ikram. Kanan Arina. Lepas ni dah kurang 'bising' lahh bila 2 orang ni dah takda.

Thursday, August 4, 2011

KiTa KAWAN LaHH!!!~

Assalamualaikum w.b.t

Ish! Serious aku dah tak tahan sangat + tak paham sangat! Tolonglahh. Kita dah 18 tahun. Kita dah SANGAT boleh fikir mana yang baik, mana yang buruk. Kita ada AGAMA. & AGAMA kita SANGAT MENEGAH kita berpecah-belah seSAMA AGAMA. Allah! Sangat sedihlahh tengok keadaan sekarang. Dengan sebelah pihak benci sangat2 , maki-maki, kat sebelah lagi pihak. & sebelah lagi pihak ego dengan pendirian dia. Kalau ego tu mungkin aku faham. Dah orang tak suka & kutuk-kutuk, maki-maki kita, siapa yang boleh tahan weh! Fikirlahh, kalau kita kat tempat dia, 4 sure kita akan jadi pressure gilerr, so bukan jadi masalah lahh kan kalau munculnya perkataan yang kurang sopan. Dia hanya nak membela diri dia. & kalau bukan kita yang buat, dia akan diam.

Tapi problemnya sekarang kenapa kita yang benci dia sangat2? Sebab komen dia yang mengarut? Dress up dia yang merepek? Muka dia seakan-akan binatang? Kebajetannya? Dia yang tak nak dekat dengan kita? Dia mencarut-carut segala? Ingatlahh weh. Takda orang yang nak diri dia dibenci. Astaghfirullah hal 'azim. Tak takut dosa ke korang? Lagi lahh aku tengok makin 'rancak' dalam bulan Ramadhan ni. Bulan mulia. Bulan yang orang rebut2 nak kan fadhilatnya. Aku bukanlah alim sangat nak tazkirah korang semua. Tapi tengok diri sendiri lahh. Kita solat, baca al-Quran, doa semua, tapi dalam masa yang sama, kita gaduh dengan sesama Muslim. Kalau kita buat benda yang Allah sendiri tegah, Allah nak ke amalan kita tu? Wallahualam. Tapi kita ada akal, kita boleh fikir rasionalnya.

Kita ramai, dia seorang. Kalau ada antara kita yang dah ada terfikir untuk berbaik, duduk dalam satu tempat, bincang, luah depan-depan, betulkan kesilapan, tapi kenapa ada jugak yang kata "Dah dia yang start balik." Keras ke hati, wahai manusia? Macam yang aku cakap, dia seorang, kita ramai. Andai kata lahh dia datang mintak maaf kat kita, ada kita akan terima dengan hati terbuka? Dia ada maruah weh. Dia mesti taknak memalukan diri sendiri. Maruah tu yang mungkin buat dia ego. Tapi kita ramai. At least kita takda lahh malu sangat berdepan dengan dia seorang. Lagi pun aku tak rasa dia yang start. KITA SEBENARNYA. Kalau bukan kita yang tak pulau dia, kalau bukan kita yang tak layan dia, kalau bukan kita yang tak pernah jalan2, berbual2, gelak2 dengan dia, kalau bukan kita yang buat diri dia rasa better hidup sendiri, semua ni tak berlaku. "Alaa bolehlahh kau cakap muiz, kau tak rasa sebab dia mention kitorang, bukan kau". Habis tu apa yang aku nak buat lagi? At least aku sangat berharap hubungan kita kekal bukan untuk setahun ni je, bukan untuk antara-antara yang kita rapat je. Pernah tak terfikir yang benda ni takkan berakhir kalau benda yang sama berlaku? "Dah dia mengarut, sape suruh?", "Dah aku memang tak paham dia." Kita ni semua baru kenal. Dari awal lagi kita memang tak tahu perangai kawan-to-be kita tu macam mana. Tapi bila dah dua bulan lebih ni, pernah kita 'cuba' kenal dia? Balik2 tahu drop je. Kalau dah itu perangai dia, boleh tak kita terima je? 18 tahun dia hidup dengan perangai yang mungkin pada korang annoying. Even parents dia terima dia, kenapa bukan kita? Oh kalau orang lain annoying dalam kelas, kita terima dia. Bergelak sakan, bertepuk2. Bila part orang yang tak suka je, mulalahh maki-maki. Perkara biasalahh, yang diagung2kan, yang dikerumun, yang dibackup, yang dihormati, ialah member2 yang berpengaruh, yang ada kepentingan dengan diri kita. Kalau dia kena halau kelas sebab dia buat salah, ramai2 datang jumpa cikgu mintak maaf bagi pihak dia. Bila tanya kenapa, "Kawan kann? Mestilahh tolong". Tapi kalau orang lain? Kita kutuk, maki segala. Adakah dia bukan kawan kita? Please lahh, kita dalam satu group, satu tempat, background kita pun bukan calang-calang, x-student MRSM, SBP, SMKA. Susah nak jumpa budak sekolah harian biasa, sekolah teknik. Kalau dah Allah takdirkan kita berkenal, bersama, untuk setahun ni, siapa kita nak lawan takdir tu? Siap gaduh2 segala ni. Yang sebelah pihak boleh2 cakap "Dah dia yang start! Dah dia yang mencarut". Yang sebelah lagi pihak "Dah korang tak suka aku".
Ya Allah! Peliharalah hubungan kami sesama Islam dan kukuhkan lahh perpaduan antara kami.

Ingat, kita ada setahun je kat sini. Lepas ni kita dah buat hal masing - masing. Masing-masing ada cita-cita masing-masing. Jangan sampai pada satu tahap kita tak dapat capai apa yang kita mintak disebabkan hubungan antara manusia kita hancur. Bukan ke kita disuruh untuk menjaga 2 hubungan ni? Hubungan dengan Allah, hubungan dengan Manusia. Statement tu takde pun kata SESETENGAH manusia. Kalau orang ni menyakitkan hati kita, oh takpa kalau tak jaga hubungan dengan dia. Gitu? Jangan sampai pada satu masa nanti, apa yang kita buat sekarang, reflect balik kat diri kita. Allah Maha Adil wehh. Allah makbulkan orang yang teraniaya. Tak takut ke? Ni Allah, bukan lecturer, ibubapa. Ok apa-apapun fikirlahh. Kalau aku tak faham, apa yang aku cakap ni salah, sorry. Aku bukan nak backup siapa-siapa. Aku perlu korang untuk aku rasa aku sendiri taknak dipinggirkan. Aku jugak taknak lahh pinggirkan sorang member kita tu. Biarlahh kita kenal sama-sama, habiskan asasi ni jugak sama-sama. Boleh tak? Aku dah try habis faham dah dua2 belah pihak. Sebab tu adanya entry ni.

Peringatan untuk diri kita semua. Termasuk diri sendiri.

Monday, August 1, 2011

HeRe Is RaMadHAn~ :) *aFteR EDiT

Assalamualaikum w.b.t

Ok. Ini entry 'wajib'. Hampir semua blog aku tengok akan ceritakan kat blog mereka tentang pengalaman, Ramadhan, puasa, sahur, berbuka, ok raya pun ada. -Gilalahhweh!!!- *ok, tipu. Haha. So dah masuk bulan Ramadhan 1432H. ... ... ... ... *Apa aku nak cakap ek tadi? Adeh! Lupa dah. Tengah sejuk2 ni, agaknya otak jadik kecut. *Entry ini dibuat pada pagi-pagi buta 1 Ramadhan. Oh! Aku sangat 'seronok' hari ni sebab dapat jalan - jalan ke Kolej Rafflesia bersama-sama Syukri Kamil pukul 5.00 pagi mengharapkan adanya sebutir nasi & setitik air di situ. Tapi, malangnya sampai - sampai je, hanya angin sepoi-sepoi bahasa dan bunyi cengkerik bersahutan. Haha. Tension aku. So last2 balik bilik menghadap biskut Munchy's Lexus dan Nescafe Mild jelahh beserta air masak cap heater. Ahha. Oh yerk! Aku sangat suka tarawikh kat sini! Ramai gilerr! Dah macam masa MDS lak. Pastu kat sini lain daripada yang lain. Lepas rakaat ke-4, tiba-tiba imam naik mimbar. Sejak bilalahh tarawikh ada khutbah nihh? Haha. Rupa - rupanya tazkirah & kat sini buat 8 rakaat je. Pastu lepas witir, lepas niat puasa untuk esok, terus habis takde doa2. Terkebil-kebil aku masa tu. Haha. Walaupun ramai, suasana still best! :)

Teringat Ramadhan sebelum2 ni. Bila mana masa tadika dulu dah kena belajar puasa penuh & ayah ugut tak puasa, takde duit raya. Ciss. Time tu aku punya suci, puasa jelahh. Tak puasa kang, tak dapat duit raya lak. Haha. Masa Form 3 dulu baru hari kedua puasa dah pasang lagu raya kat speaker asrama. Nasib baik masa tu warden takde. Kalau tak, tergugat puasa warden aku tu. & paling best 4 sure lahh puasa kat MRSM Gemencheh. Waa~ sangat rindu weiyh! Pukul 4.30 pagi lagi DS dah bukak untuk sahur. Dengan tak mandi, tak basuh muka, berbajukan tidur, *apa ayat ko ni muiz? terus pergi DS. Masa Form 4 dulu, teringat batch sendiri memekak kejut sahur ramai - ramai. Murni kan mereka? Tapi tak berapa nak murni bila cara diorang kejut macam nak mintak penyepak! Haish! Sampai sekarang aku ingat. Dulu serious sakit hati gila. Tapi sekarang, tersenyum jelahh. Semua tu kenangan manis. Then lepas sahur, ramai yang tidur balik. Giliran BADAR lak balas dendam kejut bagai nak gila untuk turun subuh. Tapi kurang berkesan sebab mereka tak berapa berpengaruh. Biasalahh. Buat baik, fikir 7/8 kali kan? Time buka masa Form 5, pukul 6 lagi dah pergi DS ambik dulu makanan sebab taknak beratur punya pasal. Bila time berbuka, kering je dah. Haha. Pastu time berbuka, usha2 'beliau'. HAHAHA. Taklahh. :)