Sunday, August 28, 2011

-MeRDEKa Vs. RaYa- :)



[Lagu diatas hanya untuk memeriahkan suasana]

Assalamualaikum w.b.t
(dari sudut pandangan budak 18 tahun)

29 Ramadhan 1432H. Sehari je lagi sebelum kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Habis dah Ramadhan. Means berakhirlahh jugak semua keistimewaan yang ada pada bulan Ramadhan. Agak sekejap kann? Pada aku lahh. Tak tahulahh kalau korang rasa "cukuplah beban aku sebulan" atau "excited siak nak raya!, cepatlah habis puasa hari ni!" atau "haaaah~ Semput!" *Ok, tetiba. Haha. Kalau ada terasa macam tu, cuba fikir balik, puasa ialah satu keWAJIBan yang perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh, atau hanya dengan atas sebab keterpaksaan? Renung balik ikhlas tak kita puasa, atau puasa sekadar untuk 'memenuhkan' Ramadhan? Sekadar lepaskan rukun puasa dengan menahan diri dari perkara batal puasa? Tak salah pun nak sambut raya dengan rasa excited tahap melampau, beli itu, beli ini. Tapi terfikir tak, tak ke rasa pelik bila sepatutnya Syawal Hari Kemenangan lepas melawan nafsu masa bulan Ramadhan, tapi bila Syawal je, terus kita 'kalah teruk' dengan nafsu kita. So, berpada-padalah ye~ :)

By the way, aku dah lari tajuk nihh. Haha. Actually dari tahun lepas lagi aku terfikir benda nihh since kemeriahan raya tahun nihh jatuh pada HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA ke-54 ye kawan2~. Memang dah dijangka lahh kan, 'sesetengah' orang akan lebih prefer untuk sambut raya and memang ignorekan lahh merdeka segala ni. Ke 'majoriti' orang? Haha. Perasan tak kalau dulu-dulu, sambut merdeka serious agak happening bila mana kedai2 pasang bendera besar2, kereta pun letak bendera, lori siap letak 2,5,6,8 bendera, tak kurang jugak yang patriotik gila2 siap kereta penuh lekat bendera. Budak2 pun siap letak bendera kat seat belakang basikal, berkonvoi kehulur-kehilir. Jalan jangan cerita lahh, tak sah kalau takda banner, bendera kat tepi jalan. Tapi sekarang? Sangat kurang kann? Masa balik naik bas hari tu, boleh dikatakan takda langsung kereta yang letak bendera kat kereta. Lagilahh tahun ni orang lagi meng'gila' nak raya. Terfikir tak, "APA MAKNA RAYA KALAU KITA TAK MERDEKA?", "APA JE YANG BOLEH KITA BUAT SEMASA RAYA KALAU KITA TAK MERDEKA LAGI?", "RAYA KE KITA KALAU KITA DIHALANG BUAT ITU DAN INI?" Means that bayangkanlahh kita nak jerit "Yey! Esok raya!", pastu tak pasal2 kena tembak. Excited nak tengok pengumuman raya kat TV, tiba2 penjajah masuk rumah pergi pecahkan TV. Or mungkin kita dah takde siapa2 lagi kat dunia ni disebabkan mereka semua kena bunuh/tangkap dengan penjajah, ke rumah siapa kita nak ziarah? Masa tu ada lagi ke suasana ketawa2, gurau2, segala? Analogi paling senang yang paling sesuai dengan environment sekarang, for those student yang bakal menduduki exam besar UPSR, PMR, SPM, STPM, or mungkin 'budak2 matriks & asasi', for sure lahh korang memang di'jajah' oleh kertas2 trial & homework & tutorial yang dah boleh dikatakan tahap membunuh dah. Haha. Kannnn? So, janganlah kita terus lupa tentang negara kita. *Ayat budak lepasan PLKN lahh weyhh~! :)


So, sambutlahh raya~ Selagi mana kita masih aman lagi nihh. Bersyukur kita dapat habiskan Ramadhan. Bersyukur jugak kita ada kat negara yang aman damai. Berpada-padalahh. Ingat orang tersayang. Ingat juga pejuang negara. Terutama orang melayu. Ni jelah satu2 nya negara yang ada nama kita --> MALAYsia. At least orang cina ada CHINA, orang india ada INDIA. So, fikir, anda mampu mengubahnya~ :)

[Credit to : Haji Hatdran bin Haji Mansor atas ingatan ini]

*Tak harapkan pun korang pergi berarak 31 Ogos ni. Tapi just sekadar ingat, jangan lupa. Jangan terlalu suka. *Ingat muiz~ cakap orang. Haha.

*Alhamdulillah lepas target Ramadhan aku walaupun terperasan ada cacat-cela. Ya Allah, kuatkan aku. Jumpa kan aku lagi dengan Ramadhan akan datang. Amiin.


No comments: