Thursday, August 4, 2011

KiTa KAWAN LaHH!!!~

Assalamualaikum w.b.t

Ish! Serious aku dah tak tahan sangat + tak paham sangat! Tolonglahh. Kita dah 18 tahun. Kita dah SANGAT boleh fikir mana yang baik, mana yang buruk. Kita ada AGAMA. & AGAMA kita SANGAT MENEGAH kita berpecah-belah seSAMA AGAMA. Allah! Sangat sedihlahh tengok keadaan sekarang. Dengan sebelah pihak benci sangat2 , maki-maki, kat sebelah lagi pihak. & sebelah lagi pihak ego dengan pendirian dia. Kalau ego tu mungkin aku faham. Dah orang tak suka & kutuk-kutuk, maki-maki kita, siapa yang boleh tahan weh! Fikirlahh, kalau kita kat tempat dia, 4 sure kita akan jadi pressure gilerr, so bukan jadi masalah lahh kan kalau munculnya perkataan yang kurang sopan. Dia hanya nak membela diri dia. & kalau bukan kita yang buat, dia akan diam.

Tapi problemnya sekarang kenapa kita yang benci dia sangat2? Sebab komen dia yang mengarut? Dress up dia yang merepek? Muka dia seakan-akan binatang? Kebajetannya? Dia yang tak nak dekat dengan kita? Dia mencarut-carut segala? Ingatlahh weh. Takda orang yang nak diri dia dibenci. Astaghfirullah hal 'azim. Tak takut dosa ke korang? Lagi lahh aku tengok makin 'rancak' dalam bulan Ramadhan ni. Bulan mulia. Bulan yang orang rebut2 nak kan fadhilatnya. Aku bukanlah alim sangat nak tazkirah korang semua. Tapi tengok diri sendiri lahh. Kita solat, baca al-Quran, doa semua, tapi dalam masa yang sama, kita gaduh dengan sesama Muslim. Kalau kita buat benda yang Allah sendiri tegah, Allah nak ke amalan kita tu? Wallahualam. Tapi kita ada akal, kita boleh fikir rasionalnya.

Kita ramai, dia seorang. Kalau ada antara kita yang dah ada terfikir untuk berbaik, duduk dalam satu tempat, bincang, luah depan-depan, betulkan kesilapan, tapi kenapa ada jugak yang kata "Dah dia yang start balik." Keras ke hati, wahai manusia? Macam yang aku cakap, dia seorang, kita ramai. Andai kata lahh dia datang mintak maaf kat kita, ada kita akan terima dengan hati terbuka? Dia ada maruah weh. Dia mesti taknak memalukan diri sendiri. Maruah tu yang mungkin buat dia ego. Tapi kita ramai. At least kita takda lahh malu sangat berdepan dengan dia seorang. Lagi pun aku tak rasa dia yang start. KITA SEBENARNYA. Kalau bukan kita yang tak pulau dia, kalau bukan kita yang tak layan dia, kalau bukan kita yang tak pernah jalan2, berbual2, gelak2 dengan dia, kalau bukan kita yang buat diri dia rasa better hidup sendiri, semua ni tak berlaku. "Alaa bolehlahh kau cakap muiz, kau tak rasa sebab dia mention kitorang, bukan kau". Habis tu apa yang aku nak buat lagi? At least aku sangat berharap hubungan kita kekal bukan untuk setahun ni je, bukan untuk antara-antara yang kita rapat je. Pernah tak terfikir yang benda ni takkan berakhir kalau benda yang sama berlaku? "Dah dia mengarut, sape suruh?", "Dah aku memang tak paham dia." Kita ni semua baru kenal. Dari awal lagi kita memang tak tahu perangai kawan-to-be kita tu macam mana. Tapi bila dah dua bulan lebih ni, pernah kita 'cuba' kenal dia? Balik2 tahu drop je. Kalau dah itu perangai dia, boleh tak kita terima je? 18 tahun dia hidup dengan perangai yang mungkin pada korang annoying. Even parents dia terima dia, kenapa bukan kita? Oh kalau orang lain annoying dalam kelas, kita terima dia. Bergelak sakan, bertepuk2. Bila part orang yang tak suka je, mulalahh maki-maki. Perkara biasalahh, yang diagung2kan, yang dikerumun, yang dibackup, yang dihormati, ialah member2 yang berpengaruh, yang ada kepentingan dengan diri kita. Kalau dia kena halau kelas sebab dia buat salah, ramai2 datang jumpa cikgu mintak maaf bagi pihak dia. Bila tanya kenapa, "Kawan kann? Mestilahh tolong". Tapi kalau orang lain? Kita kutuk, maki segala. Adakah dia bukan kawan kita? Please lahh, kita dalam satu group, satu tempat, background kita pun bukan calang-calang, x-student MRSM, SBP, SMKA. Susah nak jumpa budak sekolah harian biasa, sekolah teknik. Kalau dah Allah takdirkan kita berkenal, bersama, untuk setahun ni, siapa kita nak lawan takdir tu? Siap gaduh2 segala ni. Yang sebelah pihak boleh2 cakap "Dah dia yang start! Dah dia yang mencarut". Yang sebelah lagi pihak "Dah korang tak suka aku".
Ya Allah! Peliharalah hubungan kami sesama Islam dan kukuhkan lahh perpaduan antara kami.

Ingat, kita ada setahun je kat sini. Lepas ni kita dah buat hal masing - masing. Masing-masing ada cita-cita masing-masing. Jangan sampai pada satu tahap kita tak dapat capai apa yang kita mintak disebabkan hubungan antara manusia kita hancur. Bukan ke kita disuruh untuk menjaga 2 hubungan ni? Hubungan dengan Allah, hubungan dengan Manusia. Statement tu takde pun kata SESETENGAH manusia. Kalau orang ni menyakitkan hati kita, oh takpa kalau tak jaga hubungan dengan dia. Gitu? Jangan sampai pada satu masa nanti, apa yang kita buat sekarang, reflect balik kat diri kita. Allah Maha Adil wehh. Allah makbulkan orang yang teraniaya. Tak takut ke? Ni Allah, bukan lecturer, ibubapa. Ok apa-apapun fikirlahh. Kalau aku tak faham, apa yang aku cakap ni salah, sorry. Aku bukan nak backup siapa-siapa. Aku perlu korang untuk aku rasa aku sendiri taknak dipinggirkan. Aku jugak taknak lahh pinggirkan sorang member kita tu. Biarlahh kita kenal sama-sama, habiskan asasi ni jugak sama-sama. Boleh tak? Aku dah try habis faham dah dua2 belah pihak. Sebab tu adanya entry ni.

Peringatan untuk diri kita semua. Termasuk diri sendiri.

Bila jadi macam ni. Aku teringat kawan2 aku kat MRSM Gemencheh. Ya Allah! Again! Harapnya peliharalah hubungan kami ya Allah. Aku teringat 'beliau'. Ya dulu aku tak sebaik mana dan tak bermaksudlah sekarang aku dah baik sangat. Dulu timbul jugak aku kutuk-kutuk dia bila orang-orang sekeliling pun buat benda yang sama. Dulu aku cakap dia bajet lah, apa lahh, tapi sekarang sumpah aku menyesal sangat. Nasib baik dia dah berjaya dengan apa dia ada sekarang. Kalaulahh result SPM dia teruk, sumpah aku akan rasa bersalah sampai bila-bila even aku taklah open kutuk dia. Tak pernah pun tunjukkan tak suka tu. Kalau berbual dengan dia, aq still layan dia. Aku mintak maaf, kawan?

*Pagi tadi dia post kat wall FB dia kata dia dah "almost give up. i cant do engineering". Kalau betul dia giveup berterusan, kalau dia fail asasi ni, lepas dia struggle dalam SPM, pastu 'kawan' yang buat dia jatuh, aku tak terkata apa dahh. Sebab dalam hal ini, aku rasa dengan aku2 bersalah. Setakat boleh cakap kat blog. Kau sendiri pun lemahh lah muiz~ Boleh je kau nak 'mengubah dengan tangan', 'mengubah dengan mulut', tapi apa yang kau buat sekarang? 'Mengubah dengan hati?' Benda yang selemah-lemah iman? Allah! :(

Tuhan je yang tahu betapa RINDUnya aku kat korang semua. :(
Kita KAWAN lahh!!~ :'(

No comments: