Saturday, November 26, 2011

TRIP | KL again! :)

Assalamualaikum w.b.t

261111. Seriously blog nihh dah start di'anak-tiri'kan oleh aku. Haha. Bila start SEM, terasa hilang balik minat blogging. Plus dah start sebuk dengan lecture, tutor, homework, program KM lagi. Haih~ Okay taknak membebel. Terasa excited untuk buat entry nihh. Haha. Nak jugak menaip even mata, kaki, badan semua dah taknak bagi kerjasama untuk bertahan lagi. Thankz a lot untuk hari nihh pada cikgu Herda, ex-GMC + 1 (Fahrur, Fadil, Iesza + Fatin) :) Satu hari nihh penuh dengan pusing-pusing TS, pusing-pusing Lowyat. Target nak beli baju, multiple port USB, cleaner kit. Last2 satu apa punn aku tak beli. Haha. Takpelahh kot sebab dapat tengok The Twilight Saga - Breaking dawn. Lets jump to the conclusion lahh ye. Agak boring pada aku. *Peminat tegar Twilight, sila pukul sekarang. Haha.Tapi maybe sebab tu part 1 kann. Cerita punn tergantung. Part 2 nanti mesti best. Bella jadi vampire dahh + anak punn vampire. Haha. 



By the way, Salam Ma'al Hijrah 1433H pada semua umat Islam. Semoga tahun baru nihh kita dapat tingkatkan segala jenis ibadah kita ye. Tahun nihh mesti jadi lebih baik dari tahun lepas. Amiin~ :)

Biar gambar menceritakan semuanya. :)

Friday, November 25, 2011

KAWAN | Perginya Seorang KAWAN. :(

Assalamualaikum w.b.t

251111. al-Fatihah kepada arwah Nor Syamimi Ibrahim. ex-GMC 09/10. Asasian UiTM Kampus Puncak Alam 11/12. Even aku takda lahh rapat mana dengan arwah, tapi bersama dengan 255 ahli batch GMC 09/10 yang lain, aku turut terasa 'kehilangan'. al-Fatihah kepada beliau. Takziah kepada semua ahli keluarga & kawan2 yang sangat rapat dengan arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama dengan orang-orang yang beriman. Amiin~

Group FB 3rd Batch MRSM GEMENCHEH. 
Pic terakhir aku yang ada bersama arwah. 14 Jun 2011.
*Aku sangat terkilan tak dapat ikut Hakim, Hassan, Apek, Fadhli hari nihh. :(

Tuesday, November 15, 2011

TIPS | Jom Belajar. :)

Assalamualaikum w.b.t

151111. Lagi lima hari semester dua nak start. Excited, takut, semua ada. Entahlahh apa yang jadik untuk semester akan datang nihh. Haih~ Okaylahh, sempena datangnya semester baru nihh + sekarang tengah musim SPM, STPM semua kann~ So terasa nak share lahh macam mana aku study selama nihh. Tapi entah kenapa untuk entry ni aku teringat masa2 study kat MRSM dulu. Even sangat pahit untuk ditempuhi, tapi sangat manis untuk dikenang. :) Kali nihh aku tak buat list + explaination berjela macam selalu. Tapi nak bagi analogi je. Tapi first baca nihh dulu. :)


Eonverye taht can raed tihs rsaie yuor hnad..

This is weird, but interesting!

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too

Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe out of 100 can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae.. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it.

Sunday, November 13, 2011

SEGMEN | Aku Suka Menaip.

Assalamualaikum w.b.t

141111. Okay fine, segmen ketiga aku join untuk hari ni je. Haha. Segmen ni pulak dari owner yang bernama Nabila Medan. Okay, dalam banyak2 segmen yang aku join, nama segmen ni lahh antara yang tertarik untuk orang meng-join. Haha. *Beliau kata taip je apa2. :) Tarikh tutup tak lama lagi. 17 Nov 2011. Nak join? Cepat2! Tekan banner di atas ye? Trimass~

Excited nak tag mereka :



SEGMEN | Kau Follow Aku, Aku Follow Kau.

Assalamualaikum w.b.t


141111. Okay, tadi bila saja2 jalan2, terjumpa pulak segmen ni. Haha. *Ayat~ Segmen ni paling ikhlas aku buat sebab tidak disuruh oleh siapa2. Atas dasar rela. Sangat rela. :) Tarikh tutup dia lama lagi. 31 Disember 2011. So jom lahh join okay. Just tekan kat gambar atas tu. Err? Maksud aku, banner. :) Suka nama segmen dia. Sangat cool okay~ Haha. Lastly, even dia tak suruh tag siapa2, tapi aku tetap nak tag beliau :



SEGMEN | Ieyza Afieyna 1st Giveaway.

Assalamualaikum w.b.t


141111. Okay i'm going to make post-thon. *Ala-ala marathon. Haha. Bila mana aku dah tak tahu nak tulis hape, nak buat hape kann~ Ni first time aku join GA macam nihh. Itupunn setelah ditag oleh Widiea Azira. Haha. Okay thanks sudi tag. :) -_____________________- Okay aku tak tahu nak cakap apa. Haha. Tarikh GA ni start 3 Nov 2011 sampailahh 16 Nov 2011. Cepat2! Nak join, info segala, sini ye. So 2 blogger yang aku berbangga untuk mengetag mereka ialah :





Friday, November 11, 2011

VIEW | Relevan Filem Melayu.

Assalamualaikum w.b.t


Ni lulusan al-Azhar.
121111. Fine! Boleh dikatakan setiap hari aku nak update. Kalau tak, aku serabut. Haha. Ohh tadi baru lepas habis tengok Karipap Karipap Cinta. Link aku bagi ni terus ada description, sekali dengan download link untuk siapa2 yang tak tengok lagi. Rating 4/5. *Haih~ Aku bukan nak share tentang movie ni lahh~ Masa tengah tengok tu ada something yang aku rasa macam "Omakk ai! Agak-agak lahh en nak buat cerita". Sebab? Fine lahh pada mulanya heroin dalam cerita ni, Sarah, seorang yang jenis pakai selendang. Means yang letak kain atas kepala, tapi still lagi nampak rambut, nampak leher. Then bila lama-lama sikit, diceritakan Sarah ni lulusan Universiti al-Azhar, Mesir. Ayah dia warak. Okay nampak tak? Pada aku sebenarnya 'benda' tu sangat basic. Even budak kalau ditanya pun tahu. "You buat itu celita, you ada pernah research tak??" bak kata Namawee. Haha. Apa yang aku nak cuba katakan ialah, agak-agak lahh lulusan al-Azhar dress up macam tu. Tak tahulahh kat mana nak disalahkan. Pelakon? Pengarah?


Ini anak imam.

Okay alang-alang kann buat entry macam ni. Ni punn 1 lagi filem melayu yang agak kontroversi dengan skrip lakonan Zizan tu kann? Hantu Bonceng. Tak nak sebut lagi sebab Zizan punn dah buat statement. Ada 2 part yang aku rasa macam "Haish~". Part Mimi *ke apa ntah namanya. Haha. dengan Halimaton. Mimi tu nak pergi kelab, then dia nasihatkan Halimaton supaya banyak bersabar & jangan lupa solat. "Uuhh?? Okey ni lawak lahh sangat kann??" Lagi satu anak imam, dress up?? Hmm.


Malas nak cerita panjang. Sebab pada aku ini semua sangat sesuai dikategorikan sebagai BASIC KNOWLEDGE.






*Tengok video Youtube Namawee mengamuk kat Utusan tu rasa kelakar pun ada. "Kalau lu benci saya sendili, lu benci didalam hati lahh". Haha. Habis tu dia benci Utusan, siap buat vlog segala. Benci didalam hati jelahh~ :)



BLABLA | The FaceBlog.

Assalamualaikum w.b.t


111111. Just satu entry yang ringkas. Sempena tarikh semmartt ni, aku nak rasmikan penyertaan aku kat THE FACEBLOG nihh. Sila tepuk~ Sila tepuk~ Haha. Macam best. So join jelahh kann. Bukan kena bayar yuran pengahlian RM10 sepenggal sepanjang 6 semester punn, ye dak? Okay, usha2 The Faceblog nihh, 'diorang' wujudkan The Faceblog nihh atas dasar untuk mengumpul dan membina satu komuniti blogger khususnya di seluruh Malaysia dan dunia amnya. *Cita-cita mereka sangat tinggi okay~ Hehe.

So pada viewer2 semua yang belum join, cerr korang join. Okay sekian. :)




KAWAN | Setahun Berlalu. :)

Assalamualaikum w.b.t






111111. Entry hari ni saje dimulakan dengan video-video zaman sekolah dulu pada 11 November 2010, MRSM Gemencheh. Actually nilahh video LAST CLASS untuk 502'10 sebelum SPM 2010 bermula. Diilhamkan oleh Fahrur Radzi tapi last2 dia yang lupa. Haish~

Secara peribadi, tulahh kali terakhir rasa suasana bila dalam kelas. Lari-lari, main, jerit, ketawa, lepas tu bila cikgu datang masuk kelas, lari lintang pukang balik tempat masing2. Haha. Tu belum lagi part suara ketua jerit "bangunnn!!" bagai nak gila, tapi respon budak? 10 saat amik masa untuk bangun je, tu punn time tulahh nak amik buku bawah meja lahh, nak betulkan tie lahh, seluarlahh. Haha. Then, baca doa berjemaah. Masa cikgu mengajar, tak kurang yang dengar memang tekun habis, ada jugak yang memang tak tekun habis. Maknanya, tidur. :) Bila kat Universiti, semua tinggal kenangan, dan satu sejarah baru untuk dicipta pulak. Lecturer datang, lecturer takde, sama je. Buat hal masing2. :)

Okay just make it simple. Khusus pada ex-GMC's 3rd Batch (tak terikat untuk 502 sahaja), umum kepada semua viewers, droplahh comment kalau korang ada something untuk dikongsikann mengenai perkara yang korang tak boleh lupa masa kat kelas zaman sekolah dulu.

Thursday, November 10, 2011

SEGMEN | Santai Blogger.

Assalamualaikum w.b.t


101111. Segmen yang aku buat ni rasanya sangat cool okay. Haha. Tu pun setelah 'disogok' untuk buat oleh Ayie Rahman. Okay ini segmen daripada Final Hope. Harap maklum. :)

Okay here we go.


1. Tuliskan kenapa korang pilih URL korang macam tu?

STRIDE - Berjalan dengan langkah panjang [Oxford Dictionary]
Okay, idea dapat masa awal2 first semester kat UiTM, kena bayar bil pengajian, bil Kolej, daftar course, dan beli buku semua tu. Antara buku yang ada tu ni haa. BEL260. Okay masa dapat je buku tu, aku macam excited gilerr dengan perkataan 'Stride Ahead' tu. Masa tu rasa macam "bapak awesome ayat dia ni! Melangkah kehadapan. Waahhh~~" Tiba-tiba naik semangat, naik darah, semua. Haha.


PIONEER - Perintis, Pelopor [Oxford Dictionary]
Okay yang ni pulak dapat masa Form 4 kat MRSM Gemencheh. "Semmarrt lahh seh ayat ni! Pioneer of Tomorrow. Perintis Masa Hadapan. Best2!" Ni punn sama. Tiba-tiba naik semangat, naik darah, semua. Haha.

So bila gabungkan STRIDEasPIONEER tu rasanya macam satu motivasi untuk aku khususnya masa tu. Baru start new life sebagai Siswa kann. So korang punn sama. Kalau korang taip URL blog aku, harapnya macam naik lahh semangat untuk study ke, kerja ke. Aku doakan. Amiin. Lagi2 kalau korang klik 18 ratus kali sehari. :)

Google Translate. :)
2. Tag 2 Blogger lain. Pastikan mereka tahu.

Wednesday, November 9, 2011

TAG | Tag - Tag. :)

Assalamualaikum w.b.t

091111. Again aku kena tag lagi hari nihh untuk bulan nihh. Haish haha. Kali ni oleh farahkamil pulak. :)


Okay kita start.

RULES OF THIS GAME!!!
  • Post this rules!
  • Write eleven things about yourself!
  • Answer the question that the tagger have set for you!
  • Create eleven new question for the people you have tagged to answer
  • Choose eleven blogger to be tagged and link then on the post
  • NO TAG BACK!

*Okay memandangkan sangat baru lagi kena tag. So honestly tak tahu nak fikir apa tentang diri sendiri. So just copy paste dari entry sebelum nihh ok? :)

11 things about me.
  • Sayalahh Mu'izzuddin Hatdran! Haha.
  • Student UiTM Kampus Puncak Alam @ PALAM. Asasian 11/12.
  • Tak ramai yang tahu birthday saya ialah 7 Syaaban setiap tahun hijrah. Sampai sekarang, tak pernah seorang pun yang ingat & wish. *Okay, mood sedih. :(
  • Paling tak best menunggu orang. Tolonglahh be punctual! Oh kalau saya yang lambat lain cerita. :)
  • Suka Chemistry! Tak suka Biology!
  • Dari dulu sampai sekarang satu2 makanan yang aku agak tak boleh terima ialah segala jenis laksa.
  • Bila suka lagu, saya akan dengar sampai dah rasa muak nak dengar lagi.
  • Pernah buat moviethon download & habiskan semua siri Harry Potter dalam 2 hari. :D
  • Pantang wehh tengok MELAYU-ISLAM memalukan bangsa & agama sendiri!
  • Saya ada FB, Twitter, MySpace, Skype. Add lahh~ Add lahh~ Haha.
  • *Ok last! Fuh! Saya nak sangat jadi Islam yang menganut Islam secara keseluruhan. Nak sangat dalam semua benda yang saya buat, saya akan ingat agama, ingat keluarga. InsyaAllah. Amiin~

Tuesday, November 8, 2011

TIPS | Tenanglah Hati.

Assalamualaikum w.b.t


091111. Okay tiba-tiba malam ni terasa nak menaip. Hehe. Okay baru2 ni ada orang tanya, dulu masa aku cl*sh, macam mana aku boleh kembali kepada keadaan seperti sedia kala. Tersenyum sekejap bila dapat soalan macam tu dan buat aku fikir balik. So, ni just untuk kongsi jelahh kann. Actually bukanlahh nak fokus kepada isu CINTA bagai ni je, tapi still boleh diterima pakai jugak untuk frust dengan problem peribadi ke, result dalam study ke, stress dengan kawan ke. Problem memang sepanjang masa 'dengan' kita, tinggal lagi bijak ke tak kita handle. So aku try listkan sebanyak yang mungkin yang aku sendiri amalkan ye. *Pehh ayat kaw muiz~~ :)

1. Matangkan fikiran kita.
Sangat penting! Sebab kita sebenarnya yang 'bentuk' diri kita. Semua datang dari mindset kita. Tolak tepi semua fikiran yang boleh buat berterusannya rasa frust/stress tu. Sabar. Contohnya bila breakup dengan bf/gf, "Oi Jah! Napelahh kaw tinggalkan aku ikut mat bangla tu??! Tak cukup hitam ke aku nihh?". Okay, keadaan macam tu sebenarnya akan buat kita asyik tertanya-tanya & sangat frust. Jangan biarkan berterusan! Cuba fikir, "Apa yang aku dapat kalau terus macam ni?? Tijah bahagia dengan mat bangla tu, aku frust menonggeng kat sini". Hakikat yang kena kita terima, hidup mesti diteruskan. Macam-macam lagi yang akan kita lalui rite?

2. Prioriti didahulukan, amanah diutamakan.
Student especially, fikirkan mana yang lebih penting. Kejarkan dulu cita-cita. Study must always be comes first. Busykan diri dengan apa yang penting. So ia akan membuatkan kita lupa problem tu sekejap. Nak ke dah cukup kita dah sedih dengan problem, kita nak sedih sekali lagi pasal masa depan kita? Dan ingat. Apa yang kita nak buat, ingat ibu ayah kat rumah. Tak nak ke buat parents kita menangis sebab kita berjaya? So secara tak langsung, kita akan sedar yang kita ada amanah yang kita mesti laksanakan untuk parents kita.

3. Ceriakan suasana persekitaran kita.
Means that 'colour'kan hari2 kita dengan ketawa, gurau, segala. Ada masalah, jangan pendam. Jangan bawak diri ke hujung dunia. 'Hidupkan' life korang. Bila jumpa orang, senyum boleh? Jangan tunjukkan sangat kita sedang frust. Sebab orang punn akan jadik kekok nak dekat dengan korang. Dan selalu jugak orang terutamanya clash dengan gf/bf, dia akan dengar lagu-lagu putus harapan, putus semangat. "Mungkin ini memang jalan takdirku, mengagumi tanpa dicintai,..." Ohh, sila jangan okay! :)

4. Hargai orang yang kita sayang/bagi nasihat kat kita.
Ni punn sangat penting jugak. Bila kita dapat nasihat dari orang, jangan cakap "Alaa kaw boleh lahh. Kaw tak rasa". "Kaw tu pandai, boleh lahh cakap". Jangan! Ia akan membuatkan orang tu speechless nak cakap apa lagi dahh. Terima nasihat orang tu, dan try sedaya upaya untuk ikut nasihat orang tu. Plus, buat baik kat orang. Happykan orang2 sekeliling korang punn boleh meng'happy'kan korang sebenarnya.

5. Belajarlahh erti rasa BERSYUKUR.

Okay yang ni THE MOST PENTING. Haha. Macam mana? Fikirkan orang2 yang problem lagi berat dari korang. Ni sangat berkait rapat dengan hubungan korang dengan Allah. Ingat! Korang persoalkan kenapa dapat masalah ni, dapat musibah ni, korang sebenarnya persoalkan apa yang Allah dah rancang untuk korang. Berprasangka baiklahh dengan Allah. Apa yang dah berlaku hari ni ialah untuk apa yang akan berlaku akan datang. Setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya. Hikmah tu tak semestinya kita nampak kat dunia. Maybe akhirat sana rite?

"Dan (ingatlah juga) ketika Tuhanmu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih." [Ibrahim : 7]

6. Dekatkan diri dengan Allah.
Ni lagilahh penting. Haha. Rasanya ni semua tahu. Tapi berapa ramai yang amalkan? Dan yang amalkan, berapa ramai yang betul2 rasa tenang dengan cara ni? Okay first, betulkan niat korang. Ikhlaskan diri. Peruntukkan masa untuk lakukan amalan2 yang berkaitan. Dan jangan dikenangkann masalah tu, kenangkan dosa kita. Dari situ kita akan rasa tenang. Mintak dipermudahkan segala urusan. Allah tu Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Adil. InsyaAllah. :)




Ni ada satu video yang sangat berguna. :)

*Aku bukanlahh pandai mana. Tapi at least dengan entry nihh, aku akan ingat apa yang aku cakap. Aku sendiri sedaya upaya konsistenkan amalan nihh. Taknak orang ngata, cakap je pandai. Hehe. Kalau salah, betulkann~ :)




Monday, November 7, 2011

TIPS | Pemanduan Tidak Berhemah.

Assalamualaikum w.b.t

071111. First of all, SALAM AIDILADHA pada semua umat Islam. :) Okay aku try nak simplekan entry nihh. Semalam raya pertama, bila mana settle suasana kelam-kabut pagi raya - lagi setengah jam nak solat, baru kocoh2 nak mandi, nak gosok baju, then kat masjid pak bilal dengan pak imam boleh buat lawak kat mimbar, pastu ke sesi penyembelihan lembu kat taman yang sangat kontroversi. Haha. Salute habess kat ayah!


So petang tu pergi ke rumah Mak Ngah kat Segamat. Untuk sekalian lama aku dah tak drive kereta ayah, pada hari kejadian, aku yang drive. Angah kat sebelah. The rest kat kereta along. Sangat kekok weyhh! Selalunya bawak kereta 'kenit' ibu tu, tiba2 kena bawak kereta besar. Aku bawak dah macam orang baru benoo dapat lesen. Semua benda tak kena. Haha. Hari ni aku listkann gaya-gaya pemanduan yang jangan dibuat kat jalan raya. Based on experiences. Jumpa aku, aku bakar. Aku cakap, aku bakar. Haha. Kejam sikit.


1. Signal belok + perlahankan kenderaan pada saat-saat akhir untuk masuk simpang.
Okay ni memang paling menyirap. Kalau rasa nak masuk simpang kat depan, agak-agak dalam 100 meter tu dah boleh pasang signal rasanya. Jangan dah dalam 1-10 meter tu baru pasang signal. Relevannya untuk pemandu belakang. Kalau awal-awal 'bagitahu', pemandu belakang dah boleh sedia nak brake ke, ke tepi sikit ke. Ni kalau dah perlahankan kenderaan untuk belok tiba-tiba, jangan tanya nape kalau kenderaan belakang sondol kenderaan korang.

Lagi satu, rasanya mana yang patut comes first, perlahankan kenderaan dulu ke, pasang signal dulu? Jawapan aku pasang signal dulu. Kalau jalan lurus korang tiba2 perlahankan kenderaan, niat korang suci nak masuk simpang depan, tapi memang 'makan' hon orang belakang lahh kann. :)

Macam mana pulak kalau kes perlahankan kenderaan & pasang signal nak belok, tiba2 orang tu tak jadik belok??

2. Masuk lorong pecut ketika pemandu belakang berada dalam range blind spot.
Ni biasanya berlaku kalau dalam satu hala tu ada banyak lorong. Biasanya jugak berlaku bila kenderaan dari lorong belah kiri nak pecutkan kenderaan dengan masuk lorong kanan. Okay, pastikan bila nak masuk lorong tu, takda/jauh lagi kenderaan belakang kat lorong tersebut. & pasang signal! Make sure jugak takda kenderaan kat range blind spot korang. Cara paling terbaik ialah selain tengok segala jenis cermin, toleh jugak ke belakang sikit. Sebab korang akan mengundang kemalangan atau pun maki hamun pemandu belakang bila terpaksa brake, ataupun buat stunt tetiba. :)


3. Jentera berat/kenderaan slow kat lorong pecut.
Gambar hiasan. :)
Ni pun. Tolonglahh bertimbang rasa dengan pemandu belakang. Kalau rasa dah tahu kenderaan korang tahap kategori I (Traktor/Jentera Bergerak Berat (Berantai) BTM melebihi 5000 kg), toksahlahh mengada lalu lorong pecut tu. Kenderaan yang slow jeee tu pun sama. Lorong kanan untuk memotong. Memang seronok tengok kenderaan belakang 'berbaris' follow kenderaan korang en? Haih~




4. Kurangnya rasa bersabar.
Okay ni agak memalukan aku sendiri sikit. Macam aku bagitahu, aku dah lamaaa tak drive kereta ayah. Kereta ayah pulak manual. Kalau auto takpalahh kann, senang. Hehe.

Friday, November 4, 2011

TIPS | Untuk Blogger.

Assalamualaikum w.b.t

051111. Sehari selepas semester result. Hee~ Okay, for those yang result semalam, student2 Asasi UiTM & diploma, kita just lupakan jap result kita tu ye? Ni hanya untuk hiburan semata-mata. Baru lepas blogwalking, then terasa nak share pulak something untuk blog-blog kesayangan kita nihh. Haha.

1. Biz Information (pengetahuan dari Azan Network)
Ni cara yang paling mudah untuk kita lihat betapa bagusnya blog kita. Betapa berharganya penulisan kita. & dari sini jugak agak macam menaikkan motivasi kita lahh untuk berblogging. Haha. Sebab mood aku nihh turun-naik-turun-naik. Kalau rasa malas tu, memang sebulan terus tak bukak blog. So memang padan muka lahh stats pun turun-naik-turun-naik jawabnya. Haha.

Lagi, kalau 'harga' blog korang RM2000++ kot, nanti akan ditunjukkan sekali Worldwide Ranking, Daily Pageviews Rank. Untunglahh~ sebab blog aku sikit je. Haish! Simple, hanya taip URL blog korang & boleh tengok. Nak cuba? Tekan sini.



2. Website Speed Test (pengetahuan dari am typomania)
Ni pulak untuk kita lihat kelajuan blog kita untuk loads dalam satu-satu masa tu. Penting kot sebab kalau lembab je loading, akan 'menyemarakkan' semangat viewer untuk klik pangkah je teghruss. Haha. Siza yang paling dicadangkan ialah 100.00 KB kebawah. Kalau lebih, so kurangkanlahh penggunaan gadjet2, atau gambar2, atau lain2. Aku sendiri lebih. Haha. Simple jugak, hanya taip URL. Nak cuba? Tekan sini.


3. Online Link Scan (pengetahuan dari Tuan Tanah Kedaung)
Okay yang ni pulak macam untuk threat scanner. Nak tengok bahaya ke tak blog korang, mana lahh tau ada ulat ke, habuk ke. *Okay, pelik. Haha. So ia agak diperlukan lahh kot. Sebab dulu punn aku pernah jadi macam ni. Apa yang aku lihat, kadang2 gadjet yang kita pakai tu sebenarnya ada virus what-so-ever tu. Haha. Pun simple, taip je URL korang. Nak cuba? Tekan sini.


Okay, that's all. :)








BLABLA | Semester Result. :)

Assalamualaikum w.b.t




041111. Tarikh yang paling sedia maklum untuk semua student UiTM seluruh Malaysia. Haha. Dapat dah result hari ni. Speechless aku dibuatnya sebab aku sendiri tak sangka. Aku tahu tahap mana aku belajar, tahap mana 'penerimaan' aku kat soalan2 final. Hehe. Tapi result aku? Alhamdulillah syukur, Dean List. Again, aku rasa kann sangat sikit usaha aku, tapi sangat banyak dari orang2 yang selama ni bagi harapan, doakann kejayaan aku, especially kamu, ibu. :)

Congratz untuk korang2 yang gempak2, untuk yang kurang, kita ada SEM depan lahh. Keep it up okay? Especially PI009P3 & ex-GMC. :)

Semester depan, aku nak lebih usaha lagi. Ingat target muiz, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA. :)

Kak Raihana, saya dah dapatkan Dean List bagi pihak akak. Mekaseh ye kak untuk semua. Dari segi semangat, akak paling banyak bagi. Dari kecik, sampailahh dah 'besar' nihh. Hehe. Betul~ Akak pun saya doakan berjaya untuk TESL, dunia akhirat. Sampai ke Syurga. Wahaha~ Akak akan jadi teacher ke, physiotherapist ke, saya akan sokong jugak akak. Tinggal lagi akak tabah, kuat semangat je untuk semua yang akak buat ea. :)

Diana, abg muiz dah berjaya kalahkan pointer SEM Diana. Agak boleh mintak belanja tak? Hehe. Lama kann dah tak contact? Abg muiz tak tahu nak buat macam mana. Hmm. Takpalahh~ :)

*Excited dapat result SEM masa kat maktab dulu lagi terasa daripada yang ni kot. Sebab dah lahh agak2 je keluar bila, pastu asyik tengok luar rumah je. Takut2 posmen datang. Bila datang je, gelabah semacam. Rupa-rupanya surat bank lahh, surat orang kahwin lahh, surat katalog lahh. Haha. Pastu bila dah dapat, tak tentu hala tangan nak bukak sampul surat tu. Hehe. Rindu masa2 tu. Tapi sekarang, masukkan je No. ID dengan password. Senang~~ Tapi tu punn still mengigil tahap tak ingat jugak. Tak tentu arah mouse dibuatnya. Haha.

Sebelah UiTM, sebelah MRSM. :)

*Sebut 4 rata lagi cool rasanya dari 4 flat. Hehe.

Thursday, November 3, 2011

TAG | Di Tag Lagi & Lagi.

Assalamualaikum w.b.t

Perasan-tak-perasan sejak2 akhir ni 'rajin' pulak aku kena tag. Haha. Tapi aku suka je sebab jawab2 ni rasa diri macam artis. *Dush! Dush! :P

Okay kali ni di tag oleh sibudakberkacamata. :)


Okay, ayuh mulainn. Memandangkan tak sampai seminggu yang lepas kena tag, so pasal diri sendiri tak berapa nak update lahh ye. Hehe. 

RULES OF THIS GAME!!!
  • Post this rules!
  • Write eleven things about yourself!
  • Answer the question that the tagger have set for you!
  • Create eleven new question for the people you have tagged to answer
  • Choose eleven blogger to be tagged and link then on the post
  • NO TAG BACK!

11 things about me.
  • Sayalahh Mu'izzuddin Hatdran! Haha.
  • Student UiTM Kampus Puncak Alam @ PALAM. Asasian 11/12.
  • Tak ramai yang tahu birthday saya ialah 7 Syaaban setiap tahun hijrah. Sampai sekarang, tak pernah seorang pun yang ingat & wish. *Okay, mood sedih. :(
  • Paling tak best menunggu orang. Tolonglahh be punctual! Oh kalau saya yang lambat lain cerita. :)
  • Suka Chemistry! Tak suka Biology!
  • Dari dulu sampai sekarang satu2 makanan yang aku agak tak boleh terima ialah segala jenis laksa.
  • Bila suka lagu, saya akan dengar sampai dah rasa muak nak dengar lagi.
  • Pernah buat moviethon download & habiskan semua siri Harry Potter dalam 2 hari. :D
  • Pantang wehh tengok MELAYU-ISLAM memalukan bangsa & agama sendiri!
  • Saya ada FB, Twitter, MySpace, Skype. Add lahh~ Add lahh~ Haha.
  • *Ok last! Fuh! Saya nak sangat jadi Islam yang menganut Islam secara keseluruhan. Nak sangat dalam semua benda yang saya buat, saya akan ingat agama, ingat keluarga. InsyaAllah. Amiin~
*Jujurnya saya copy paste. :)

11 soalan dari sibudakberkacamata.

1. Prasaan korg kne tag? haha..
Like I've told before. Rasa diri ni macam artis. *Bapak perasan kaw muiz. :)

2. Impian 10 thn akan dtg?
Means pada usia 28 tahun nanti. Err~ Dah kerja, dah boleh survive diri sendiri, dah ada kereta sendiri, dah kahwin. :)

3. Perkare paling sedih?
Kamera pernah hilang masa Form 4 dulu! Ok, taknak explain nanti nangis. Hehe.

4. Adiah pling brmkne yg pernah dpt?
Laptop kot dari parents. Sebab sampai sekarang, bosan, gembira, takut, tension, ketawa, semua dengan laptop. Haha. Pelik.

5. Kelemahan korg? x kesah dr aspek ape pun..
Jap loading .................. Aspek kerajinan mungkin. Lagi2 bab study. Siap boleh fikir dua kali nak study ke tak nak. Haha.

6. Tarikh yg bermakne slen bday korg.
16 Mei 2010. *Bukan sebab Hari Guru yerr~ Haha.

7. Da prnh pegi menunaikan umrah @ haji? perasaan korg..
Belum. Tapi bila tengok kat TV, nak sangat pergi pada usia muda. Amiin~~ *Honeymoon pergi buat umrah pun bolehh. :)

8. Skrg tgh single @ couple?
Err, saya yakin, saya pilih A! Haha.

9. Brp bijik fon korg ade?
Satu je. Tak mampu nak beli 8/9 bijik. :)

10. Bende yg paling korg benci..
Alaa, bende ea? Entah. Entah.

11. Pencapaian korg stakat ni.. ?
Habiskan SEM 1 dalam asasi dengan jayanya. Alhamdulillah~~ :)

Ok itu sahaja. Nak buat macam syarfa' lahh. Sebab tak tahu nak tag siapa & soalan apa yang nak bagi. Thanks. :)


Wednesday, November 2, 2011

TIPS | Purifying Your Heart.

Assalamualaikum w.b.t



Just satu entry yang sangat ringkas. Credit to, beliau. :)

Reading the Quran purifies the Heart, Understand it softens the Heart.

Tuesday, November 1, 2011

TAG | Tag - Mengetag. *After Edit

Assalamualaikum w.b.t

011111. Perasan tak blog aku makin lawa? Haha. *Perasan giler kaw muiz. Okay lahh. Ni just entry untuk ikutkanjelahsifahrurpunyaideani. Haha. Sangat berbangga diri di-tag oleh beliau. Trimas memanyak okay~.


*Aku ditag 2 kali. Haish! Malas nak buat entry baru, & kering idea nak buat soalan baru, so jawab kat sini jelahh ye iesza? :)


Okay here we go.


RULES OF THIS GAME!!!

  • Post this rules!
  • Write eleven things about yourself!
  • Answer the question that the tagger have set for you!
  • Create eleven new question for the people you have tagged to answer
  • Choose eleven blogger to be tagged and link then on the post
  • NO TAG BACK!
11 things about me.
  • Sayalahh Mu'izzuddin Hatdran! Haha.
  • Student UiTM Kampus Puncak Alam @ PALAM. Asasian 11/12.
  • Tak ramai yang tahu birthday saya ialah 7 Syaaban setiap tahun hijrah. Sampai sekarang, tak pernah seorang pun yang ingat & wish. *Okay, mood sedih. :(
  • Paling tak best menunggu orang. Tolonglahh be punctual! Oh kalau saya yang lambat lain cerita. :)
  • Suka Chemistry! Tak suka Biology!
  • Dari dulu sampai sekarang satu2 makanan yang aku agak tak boleh terima ialah segala jenis laksa.
  • Bila suka lagu, saya akan dengar sampai dah rasa muak nak dengar lagi.
  • Pernah buat moviethon download & habiskan semua siri Harry Potter dalam 2 hari. :D
  • Pantang wehh tengok MELAYU-ISLAM memalukan bangsa & agama sendiri!
  • Saya ada FB, Twitter, MySpace, Skype. Add lahh~ Add lahh~ Haha.
  • *Ok last! Fuh! Saya nak sangat jadi Islam yang menganut Islam secara keseluruhan. Nak sangat dalam semua benda yang saya buat, saya akan ingat agama, ingat keluarga. InsyaAllah. Amiin~