Tuesday, November 1, 2011

TIPS | Pembukaan & Analogi Dugaan Allah.

Assalamualaikum w.b.t

011111. Lawa kan tarikh hari ni? Lagi lawa kalau tunggu tarikh untuk 10 hari yang akan datang. Haha. Entry kali ni cuma nak kongsi apa yang aku dapat kat pakcik Youtube. Agak touching kot untuk kali pertama dengar. Here we go~ :)


Orang yang nyanyi lagu ni namanya En. Mimpi. Haha. Okay~ :) Dia ada jugak nyanyi ending untuk Cinta Muka Buku by Najwa Latif --> Putus di Twitter. Oh a'ah, tak lupa Johan RL pun ada jugak nyanyi lagu Cinta Muka Tak Malu. Tapi macam haremm je. Haha. *Ok dah menyimpang jauh ni. Blog beliau & pesanan untuk elakkan kekeliruan terjemahan Al-Fatihah, kat sini.

Perasan tak makna al-Fatihah ni sangat mendalam. & setiap ayat tu saling berkait rapat. Dari start kita puji Allah S.W.T --> Menyatakan yang HANYA Allah yang kita sembah, minta pertolongan --> Sampailah kita minta untuk jalan yang Dia redhai. How nice is it bagi mereka yang perasan. :)

Lain daripada tu, ada lahh satu masa tu aku baca buku yang baru-baru ni dibeli. Dalam tu ada bagi satu analogi yang tunjukkan manusia ni bila senang, lupakan Allah. Bila dah susah, baru nak minta pertolongan.


Dapatkannya di POPULAR BP Mall atau tempat lain. Haha.
"Maka apabila manusia ditimpa bahaya dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami dia berkata, "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah keraa kepintaran. Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui." [az-Zumar:49]
Terdapat satu kisah pendek yang boleh menjelaskan ayat di atas. Seorang pekerja bangunan sedang sibuk dengan kerjanya. Dia melakukan tugasnya di bahagian bawah bangunan, sementara rakan sekerjanya bekerja beberapa meter di atasnya. Kemudian pekerja yang di atas ingin meminta sesuatu pada pekerja yang berada di bawah. Dia memanggil, tetapi tidak didengari kerana bunyi dari mesin-mesin terlalu bising. Maka dia mengeluarkan sekeping duit syiling dan melemparkannya ke bawah. Pekerja yang di bawah tidak mendongak ke atas. Ketika dia melihat ada syiling di atas tanah, dia mengambilnya begitu sahaja dan memasukkanya ke dalam poketnya. Pekerja yang di atas merasa amat kesal. Dia sekali lagi mengeluarkan sekeping duit syiling, kali ini yang lebih besar dan melemparkannya ke bawah. Pekerja di bawah, sekali lagi tidak mendongak ke atas. Dia melihat syiling yang ada berdekatan dengannya lalu mengambilnya. Pekerja yang di atas kemudian mengambil seketul batu lalu melemparkannya ke bawah. Batu itu mengenai topi keselamatan pekerja yang di bawah. Setelah kejadian itu barulah pekerja di bawah mendongak ke atas.

See? Perasan-tak-perasan memang kita termasuk aku sendiri pernah macam ni. Bila rasa perit, sakit, ada masalah, baru ingat Allah. Ayat al-Quran kat atas tu sendiri jelas yang segala rasa kaya, pandai, atau segala apa jenis nikmat, tu semua ialah ujian. So, just make a conclusion on ur own. :)

Harapnya aku sedar akan benda ni untuk sepanjang waktu, dan untuk pedoman korang jugak. :)

*Sebenarnya aku nak tujukan benda ni KHUSUS kepada mamat2 yang dah rasa diri tu BESAR, dah cukup HEBAT, sampaikan buat 'beliau' rasa terasing. Ya Allah, kuatkanlah semangat beliau. :(


No comments: