Monday, November 7, 2011

TIPS | Pemanduan Tidak Berhemah.

Assalamualaikum w.b.t

071111. First of all, SALAM AIDILADHA pada semua umat Islam. :) Okay aku try nak simplekan entry nihh. Semalam raya pertama, bila mana settle suasana kelam-kabut pagi raya - lagi setengah jam nak solat, baru kocoh2 nak mandi, nak gosok baju, then kat masjid pak bilal dengan pak imam boleh buat lawak kat mimbar, pastu ke sesi penyembelihan lembu kat taman yang sangat kontroversi. Haha. Salute habess kat ayah!


So petang tu pergi ke rumah Mak Ngah kat Segamat. Untuk sekalian lama aku dah tak drive kereta ayah, pada hari kejadian, aku yang drive. Angah kat sebelah. The rest kat kereta along. Sangat kekok weyhh! Selalunya bawak kereta 'kenit' ibu tu, tiba2 kena bawak kereta besar. Aku bawak dah macam orang baru benoo dapat lesen. Semua benda tak kena. Haha. Hari ni aku listkann gaya-gaya pemanduan yang jangan dibuat kat jalan raya. Based on experiences. Jumpa aku, aku bakar. Aku cakap, aku bakar. Haha. Kejam sikit.


1. Signal belok + perlahankan kenderaan pada saat-saat akhir untuk masuk simpang.
Okay ni memang paling menyirap. Kalau rasa nak masuk simpang kat depan, agak-agak dalam 100 meter tu dah boleh pasang signal rasanya. Jangan dah dalam 1-10 meter tu baru pasang signal. Relevannya untuk pemandu belakang. Kalau awal-awal 'bagitahu', pemandu belakang dah boleh sedia nak brake ke, ke tepi sikit ke. Ni kalau dah perlahankan kenderaan untuk belok tiba-tiba, jangan tanya nape kalau kenderaan belakang sondol kenderaan korang.

Lagi satu, rasanya mana yang patut comes first, perlahankan kenderaan dulu ke, pasang signal dulu? Jawapan aku pasang signal dulu. Kalau jalan lurus korang tiba2 perlahankan kenderaan, niat korang suci nak masuk simpang depan, tapi memang 'makan' hon orang belakang lahh kann. :)

Macam mana pulak kalau kes perlahankan kenderaan & pasang signal nak belok, tiba2 orang tu tak jadik belok??

2. Masuk lorong pecut ketika pemandu belakang berada dalam range blind spot.
Ni biasanya berlaku kalau dalam satu hala tu ada banyak lorong. Biasanya jugak berlaku bila kenderaan dari lorong belah kiri nak pecutkan kenderaan dengan masuk lorong kanan. Okay, pastikan bila nak masuk lorong tu, takda/jauh lagi kenderaan belakang kat lorong tersebut. & pasang signal! Make sure jugak takda kenderaan kat range blind spot korang. Cara paling terbaik ialah selain tengok segala jenis cermin, toleh jugak ke belakang sikit. Sebab korang akan mengundang kemalangan atau pun maki hamun pemandu belakang bila terpaksa brake, ataupun buat stunt tetiba. :)


3. Jentera berat/kenderaan slow kat lorong pecut.
Gambar hiasan. :)
Ni pun. Tolonglahh bertimbang rasa dengan pemandu belakang. Kalau rasa dah tahu kenderaan korang tahap kategori I (Traktor/Jentera Bergerak Berat (Berantai) BTM melebihi 5000 kg), toksahlahh mengada lalu lorong pecut tu. Kenderaan yang slow jeee tu pun sama. Lorong kanan untuk memotong. Memang seronok tengok kenderaan belakang 'berbaris' follow kenderaan korang en? Haih~




4. Kurangnya rasa bersabar.
Okay ni agak memalukan aku sendiri sikit. Macam aku bagitahu, aku dah lamaaa tak drive kereta ayah. Kereta ayah pulak manual. Kalau auto takpalahh kann, senang. Hehe.


So, kalaulahh dalam situasi kat traffic light yang baru hijau, kenderaan depan korang tak reti2 nak jalan, SABAR! TUNGGU! Mungkin ada masalah dari aspek nak masukkan gear ke, rosak tiba2 ke, clutch dengan minyak tak balance ke. Kat sini lahh nilai-nilai ketimuran tu dipraktikkan. Baru sesaat lambat, hon macam orang dah naik gila. Driver depan punn bertimbang rasa lahh. Ni ada main hon balik. Memang kat situ jugak bertumbuk. Haha. Apa yang memalukan aku tu? Fikir sendiri. Nasib baik kenderaan belakang yang hon tu abang sendiri. :)


Okay itu sahaja kali ni. Ingat orang yang tersayang, anda mampu mengubahnya. :)


Naik bas lagi senang. :)
*Bawak kereta sebelah tangan pegang stereng, sebelah tangan pegang gear. Sangat cool! :)



2 comments:

Muhammad Farhan b.Hassan said...

aku lgi cool...
seblh tgn pgg strng,sblh korek hidung...
hahaha

Mu'izzuddin Hatdran said...

tu bukann cool giler!!,. slekeh!!,. haha,.