Tuesday, November 8, 2011

TIPS | Tenanglah Hati.

Assalamualaikum w.b.t


091111. Okay tiba-tiba malam ni terasa nak menaip. Hehe. Okay baru2 ni ada orang tanya, dulu masa aku cl*sh, macam mana aku boleh kembali kepada keadaan seperti sedia kala. Tersenyum sekejap bila dapat soalan macam tu dan buat aku fikir balik. So, ni just untuk kongsi jelahh kann. Actually bukanlahh nak fokus kepada isu CINTA bagai ni je, tapi still boleh diterima pakai jugak untuk frust dengan problem peribadi ke, result dalam study ke, stress dengan kawan ke. Problem memang sepanjang masa 'dengan' kita, tinggal lagi bijak ke tak kita handle. So aku try listkan sebanyak yang mungkin yang aku sendiri amalkan ye. *Pehh ayat kaw muiz~~ :)

1. Matangkan fikiran kita.
Sangat penting! Sebab kita sebenarnya yang 'bentuk' diri kita. Semua datang dari mindset kita. Tolak tepi semua fikiran yang boleh buat berterusannya rasa frust/stress tu. Sabar. Contohnya bila breakup dengan bf/gf, "Oi Jah! Napelahh kaw tinggalkan aku ikut mat bangla tu??! Tak cukup hitam ke aku nihh?". Okay, keadaan macam tu sebenarnya akan buat kita asyik tertanya-tanya & sangat frust. Jangan biarkan berterusan! Cuba fikir, "Apa yang aku dapat kalau terus macam ni?? Tijah bahagia dengan mat bangla tu, aku frust menonggeng kat sini". Hakikat yang kena kita terima, hidup mesti diteruskan. Macam-macam lagi yang akan kita lalui rite?

2. Prioriti didahulukan, amanah diutamakan.
Student especially, fikirkan mana yang lebih penting. Kejarkan dulu cita-cita. Study must always be comes first. Busykan diri dengan apa yang penting. So ia akan membuatkan kita lupa problem tu sekejap. Nak ke dah cukup kita dah sedih dengan problem, kita nak sedih sekali lagi pasal masa depan kita? Dan ingat. Apa yang kita nak buat, ingat ibu ayah kat rumah. Tak nak ke buat parents kita menangis sebab kita berjaya? So secara tak langsung, kita akan sedar yang kita ada amanah yang kita mesti laksanakan untuk parents kita.

3. Ceriakan suasana persekitaran kita.
Means that 'colour'kan hari2 kita dengan ketawa, gurau, segala. Ada masalah, jangan pendam. Jangan bawak diri ke hujung dunia. 'Hidupkan' life korang. Bila jumpa orang, senyum boleh? Jangan tunjukkan sangat kita sedang frust. Sebab orang punn akan jadik kekok nak dekat dengan korang. Dan selalu jugak orang terutamanya clash dengan gf/bf, dia akan dengar lagu-lagu putus harapan, putus semangat. "Mungkin ini memang jalan takdirku, mengagumi tanpa dicintai,..." Ohh, sila jangan okay! :)

4. Hargai orang yang kita sayang/bagi nasihat kat kita.
Ni punn sangat penting jugak. Bila kita dapat nasihat dari orang, jangan cakap "Alaa kaw boleh lahh. Kaw tak rasa". "Kaw tu pandai, boleh lahh cakap". Jangan! Ia akan membuatkan orang tu speechless nak cakap apa lagi dahh. Terima nasihat orang tu, dan try sedaya upaya untuk ikut nasihat orang tu. Plus, buat baik kat orang. Happykan orang2 sekeliling korang punn boleh meng'happy'kan korang sebenarnya.

5. Belajarlahh erti rasa BERSYUKUR.

Okay yang ni THE MOST PENTING. Haha. Macam mana? Fikirkan orang2 yang problem lagi berat dari korang. Ni sangat berkait rapat dengan hubungan korang dengan Allah. Ingat! Korang persoalkan kenapa dapat masalah ni, dapat musibah ni, korang sebenarnya persoalkan apa yang Allah dah rancang untuk korang. Berprasangka baiklahh dengan Allah. Apa yang dah berlaku hari ni ialah untuk apa yang akan berlaku akan datang. Setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya. Hikmah tu tak semestinya kita nampak kat dunia. Maybe akhirat sana rite?

"Dan (ingatlah juga) ketika Tuhanmu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih." [Ibrahim : 7]

6. Dekatkan diri dengan Allah.
Ni lagilahh penting. Haha. Rasanya ni semua tahu. Tapi berapa ramai yang amalkan? Dan yang amalkan, berapa ramai yang betul2 rasa tenang dengan cara ni? Okay first, betulkan niat korang. Ikhlaskan diri. Peruntukkan masa untuk lakukan amalan2 yang berkaitan. Dan jangan dikenangkann masalah tu, kenangkan dosa kita. Dari situ kita akan rasa tenang. Mintak dipermudahkan segala urusan. Allah tu Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Adil. InsyaAllah. :)




Ni ada satu video yang sangat berguna. :)

*Aku bukanlahh pandai mana. Tapi at least dengan entry nihh, aku akan ingat apa yang aku cakap. Aku sendiri sedaya upaya konsistenkan amalan nihh. Taknak orang ngata, cakap je pandai. Hehe. Kalau salah, betulkann~ :)





18 comments:

radzi said...

dah nmpak dah mase depan kau muiz..hahah
pkar motivasi @ imam muda muiz =D

Mu'izzuddin Hatdran said...

haha,. ngeng! ad ilmu ckit, mestilahh share,. :)

Zie Shukri said...

perghh. kene blaja dari orang pengalaman ni! hai tok guru. HAHA LOLL

syira wahab said...

wahh...bgus...hilang stress ak..haha

Mu'izzuddin Hatdran said...

haha,. tok guru lahh sangat kann,. eh, nak blaja??,. ko prnah alami mcm aku dulu ke??,. hehe,.

Mu'izzuddin Hatdran said...

syira wahab : hehe,. kannn?,. selamat beramal,. :)

aiman fanboy k-pop said...

sesuai sgt entry nih untuk d'apply mmndangkn saya baru putus cinta..nice entry ..thumbs up!

Mu'izzuddin Hatdran said...

aiman : hehe,. mesti di'apply'kan,. :)

hasmila said...

wah wahhh haha berpengalaman rupanya muiz ni

Mu'izzuddin Hatdran said...

hasmila : haha,. aq memang sangat lahh en brpengalaman tu,. :)

fadh leyanie said...

betul apa yang di perkatakan dalam video tu..

Mu'izzuddin Hatdran said...

fadh leyanie : :)

thenameisyaya said...

cool ! thanks

Mu'izzuddin Hatdran said...

owhh welcome~ :)

.syamim. said...

woah .. ! tq muiz . kau patut tmbah , renung2kn dan selamat beramal .. oke , aku nanjeng . tkyah tmbah pun tape .

Mu'izzuddin Hatdran said...

syamim : haha,. cess!

♥ shaheizny ma ♥ said...

amboi.. ble ganti fazdilah come to me ni..hek3

Mu'izzuddin Hatdran said...

shaheizny ma : ahha,. sy tak tiru sape2 yepp, yepp,. :)