Tuesday, December 27, 2011

SEGMEN | Berbisnes Dengan Topup.

Assalamualaikum w.b.t

281211. Hye there! Okay nihh just nak buat entry sangatpalingterpantas malam ni sebab adalah 'orang' ni mintak promotekan BUSINESS dia. Itu punn setelah 'disogok' Pendeta Cafe @ PALAM ye dakk?. *Ahh tak kira! Aku nak jugak walaupun tak janji papepun sebenarnya. Hahaha.

Okay, Bisnes Topup. Mungkin ada yang tak tahu or mungkin ada jugak yang memang dah sedia maklum akan kewujudan bisnes nihh. Tapi honestly aku punn sendiri baru tahu bila masuk asasi nihh. Haha. Pada pandangan aku, bussiness jenis nihh SANGAT mudah dan memerlukan hanya 'sedikit' kerajinan. Bohonglahh kann kalau ada perniagaan yang tak memerlukan hardworking. Tapi bestnya bussiness nihh, kita boleh jadikan sebagai pendapatan ketika tengah 'goyang kaki'. Means that, tak perlupunn fikir sangat business nihh. Kita still boleh buat kerja lain. Kalau student, still lagi boleh buat assignment, tutorial, berprogramming *Huk3. Kalau dah kerja punn, tak kesahlahh anda berpangkat Penoreh Getah sepenuh masa, still boleh join bussiness nihh. Tak terkecuali suri rumah tetap. Haha. Tengah buat 'mesyuarat tingkap' tu, selitkanlah perbualan tu dengan "Nak topup?". Pastu jiran korang, "Apa?! Nak 'tapak'?" Hahaha.

Faedah yang aku nampak ialah 'pemintaan' yang tinggi. Hari nihh, boleh dikatakann dari peringkat umur 7 tahun sampai ke manusia yang berperingkat great great great grandfather ada handphone. So secara tak langsung, mereka2 nihh jugak memerlukan kredit untuk menggunakan handphone mereka. *Pehal macam skema semacam ayat aku nihh??!! Plus, aku rasa untuk masa akan datang, orang datang ke kedai handphone semata2 untuk topup akan menjadi kurang relevan lagi. It's more better dengan "Mat, topup RM10! Esok waktu office aku bayar!" daripada "Oh kredit habis. Kena pergi kedai sekarang. Topup". =.='

Okay by the way, untuk maklumat yang lebih detail, korang tekan --> sini. Korang akan terus ber'cakap' dengan perunding perkhidmatan kami. Hehehe. Atau untuk Asasian UiTM Kampus Puncak Alam, korang boleh jumpa terus dengan Muhammad Syukri bin Kamil. Asasi Engineering. PI009P3. Kolej Angsana 3. Facebook beliau --> sini.


*Siapa nak bagi aku modal untuk business Program Score A? Haha.


Sunday, December 25, 2011

BLABLA | Part I & II : 'Secangkir Kasih' Programme.

Assalamualaikum w.b.t

251211. Sumpah entah kenapa bila dah habis program, aku macam rasa nama program ni sangat cool. Haha. By the way, lama dahh tak update. Hai blog yang berhabukk! Ke'busy'ian dalam kehidupan seharian aku menjadikan aku selalu meng'anaktiri'kann blog nihh. *Budak2, jangan guna ayat nihh dalam karangan. Okay, sebelum aku merepek, lets jump into the main topic.

Credit to : Aminah Hashim
Okay, just untuk pengenalan. Program Secangkir Kasih ialah satu program dibawah pengelolaan KOKO Khidmat Masyarakat, Pusat Asasi UiTM Kampus Puncak Alam, kumpulan Miss Khaizan dan dilaksanakann olehh sebilangan student Asasi yang SUPERB dibawah penerajuan Zul Haziq setelah 5 bulan 27 hari 5 jam 26 minit ia mula diusulkan oleh beliau. *Credit to S/U, Fatihah Abdul Malik yang penat mengira. Hehehe. Lagi, program ni ada 2 Part. Sebabnya dulu masa meeting untuk pilih program untuk dilakukan, ada side yang nak buat volunteer ke zoo & the other side nak buat charity ke Rumah Anak Yatim. Then gaduh, pukul, sepak, terajang semua *Okay, tipu.  semua setuju untuk gabungkann terus. Means bawak ANAK YATIM pergi ke ZOO NEGARA. *Haha, hambik kaw. Oh saya AJK Pengangkutan. *Krik3 (Cricket sound). Ok diam. :)



Saturday, December 10, 2011

VIEW | Melayu.

Assalamualaikum w.b.t

101211. Sumpah title di atas sangat bajet. Haha. Okay lama dahh tak menaip kat sini. Dulu masa cuti bolehlahh nak menghadap laptop 24 jam. Bukan buat ape punn. Kalau tak bukak FB, bukak blog. Boring sikit, carik apa2 movie untuk didownload. Boring banyak, aku tidur. Hahaha. Tapi sekarang, nak online punn kena berlari sambil bawak buku. =.=' *Apa kaw dah merepek nihh?

Okay actually aku sendiri punn takut nak cakap pasal nihh. Sebab setiap daripada kita termasuk aku punn memang pernah buat. Pernah sangat2 kann dengar orang cakap "Alaa, janji Melayu~ Biasalahh~". So soalannya, sukakah kita yang berbangsa Melayu nihh bila dengar macam tu? Kalau yang cakap tu orang kita, still okay lagi. Kita boleh anggap sekadar gurauan. Tapi macam mana kalau bangsa lain cakap macam tu? Okay fine kalau korang tak rasa pape. Haha. Mungkin sebab dah lali? Dah terbiasa? Sebab macam nilahh kita selalu jugak dengar "Macam manalahh Melayu nak maju?~" ye dakk? Ohh come on lahh~ Kita nihh hidup jangan nak susahkan orang lain boleh tak?

Okay bukanlahh aku nak aibkan bangsa sendiri. Tapi just nak sedarkan setiap daripada kita sendiri termasuk aku yang bila disebut Melayu, orang akan sedia maklum dengan beragama Islam. Islam ajar kita untuk berpegang kepada amanah rite? Bukankah janji itupunn tergolong dalam amanah? Lagilahh bila melibatkan kerja. Kalau kerja punn kita tak amanah, cuba fikir, berkat ke gaji yang kita dapat? Bila dah diberi tanggungjawab tu, tolonglahh buat sehabis baik. Ni tak. Pastu bagi anak bini makan. Haaa, helokk~

Lagi, kita ni sangatlahh terkenal dengan sifat ketimuran yang tinggi. Adakah salah kita cakap terima kasih, ataupun minta maaf pada orang lain? Jatuh ea standard? Taklahh~ Orang lagi pandang mulia pada kita taw tak. Ni tak. Bahasa 'pasar'nya, menyirap taw tak? Lagilahh kalau orang yang tak tahu senyum, buat muka kalau boleh nak "'Kaki'kann aje dia nihh kang". Hahaha.

*As one who fully responsible about this particular programme last week, i'm really sorry for any problems that were happened. I'd tried my best. And for the next programme, i'll try to make it smoothly. Honestly, 'benda' ni buat aku makin rasa perlunya tegas even berdepan dengan orang yang lebih dewasa. Tapi tak bermakna hilangnya rasa hormat. :)




Sunday, December 4, 2011

TAG | Orang Tag Aku Balik! =.='

Assalamualaikum w.b.t

051211. Entry nihh hanya untuk si Iera nihh haa. Orang kata jangan tag balik, degil nak tag aku jugak. Haha. Owh ya! "Aku sangat 'cepat' reply tag kau kann?" Aku taw tu. Hahaha. Banyak kerja kot~~ *Okay alasan. :)

11 soalan dari Iera.

1. Sejauh mana tahap sayang korang kat aku ? hehe
Pehh soalan pertama kau tak macam tengokjesoalanterusnakkeluardewanpeperiksaanteruskann. Hahaha. Sejauh mana ek? Berbatu-batu mungkin. :)

2. Ape bende yang korang taw pasal aku and agak bende tu orang lain tak taw ?
Biasanya nihh macam untuk orang2 yang selalu dekat dengan kau. Yang hari2 nampak kau depan2. Nak kata kau suka tidur dalam kelas, satu kelas kot tahu~ Hahahaha. :)

3. Suke hlovate tak ?
Dulu pernah baca jugak yang kat internet. Tapi tak se'funn~ kalau dapat buku dia. Nanti aku carik, nanti aku suka. :)

4. Orang yang paling korang sayang lepas parents and family ?
Acer ASPIRE 4743G. *Okay tu memang orang, muiz. :)

5. Kalau korang ade satu minute lagi , ape last word untuk orang disayangi ?
*Masuk mood sedih. Kalau lahh ada satu minit lagi sebelum menutup mata, aku nak cakap, aku nak mintak maaf semua kesalahan aku, aku maafkan semua kesalahan even benda tu korang tak sedar. Aku sayangkann family aku, kawan2 aku. Selagi mana ada yang pernah buat aku ketawa, tersenyum even sekali, dan aku ingat sampai ke akhir hayat aku, orang tulahh yang aku sayang sangat2. Nak sangat mereka semua nihh berjaya dalam hidup.

6. Isi tempat kosong ni , I ______ YOU :)
I VLAVLAVLA YOU. Hahaha. Aku je paham apa tu. :)

7. One word to describe me ?
Gemm~~ Hehehe. :P

8. Lagu yang buat korang jadi tak tentu arah ?
Negaraku. Even tengah makan ke, ketawa ke, berbual ke, berjalan ke, bila dengar je mesti kena berdiri.. Hahaha. Owh ingat dulu masa zaman takde internet, takde mp3 lagi, aku suka dengar carta Era setiap Ahad tu dulu. Masa tu tengah gila Jinbara - Kasihku Laila. Masa tu lagu tu tengah no 1 setiap minggu. Ada lahh sekali tu, pada masa tengah main lagu tempat kedua, mak aku boleh suruh aku pergi kedai! Dahlahh agak jauh. Takkan nak tunggu lagi minggu depan baru dapat dengar lagi lagu tu kann. So masa tu memang bawak motor macam orang gila lahh. Haha. Nasib baik sempat. :)

9. Peratus kesukaan terhadap nombor ?
Macam mana nak nilaikan keperatusan tu? Macam nampak nombor je, jerit2 eh? Hahaha.

10. Blog yang paling korang suke bace ?
Siapa entah. :)

11. Wasiat terakhir buat iradatul afifah ?
Pehh wasiat! Hahaha. Okay2, kaulahh kawan baik aku dunia, akhirat insyaAllah. So first dalam hidup nihh, berjayakann lahh dulu ea diri kita dalam study since kita semua nihh punn student lagi. Capaikan dulu cita-cita kau, balas dulu jasa parents kau yang tak boleh nak dibalas tu. Matangkann fikiran. Masalah2 peribadi yang agak nonsense tu, tolak tepi dulu okay?

*Okay settle! Bye! :)