Sunday, December 25, 2011

BLABLA | Part I & II : 'Secangkir Kasih' Programme.

Assalamualaikum w.b.t

251211. Sumpah entah kenapa bila dah habis program, aku macam rasa nama program ni sangat cool. Haha. By the way, lama dahh tak update. Hai blog yang berhabukk! Ke'busy'ian dalam kehidupan seharian aku menjadikan aku selalu meng'anaktiri'kann blog nihh. *Budak2, jangan guna ayat nihh dalam karangan. Okay, sebelum aku merepek, lets jump into the main topic.

Credit to : Aminah Hashim
Okay, just untuk pengenalan. Program Secangkir Kasih ialah satu program dibawah pengelolaan KOKO Khidmat Masyarakat, Pusat Asasi UiTM Kampus Puncak Alam, kumpulan Miss Khaizan dan dilaksanakann olehh sebilangan student Asasi yang SUPERB dibawah penerajuan Zul Haziq setelah 5 bulan 27 hari 5 jam 26 minit ia mula diusulkan oleh beliau. *Credit to S/U, Fatihah Abdul Malik yang penat mengira. Hehehe. Lagi, program ni ada 2 Part. Sebabnya dulu masa meeting untuk pilih program untuk dilakukan, ada side yang nak buat volunteer ke zoo & the other side nak buat charity ke Rumah Anak Yatim. Then gaduh, pukul, sepak, terajang semua *Okay, tipu.  semua setuju untuk gabungkann terus. Means bawak ANAK YATIM pergi ke ZOO NEGARA. *Haha, hambik kaw. Oh saya AJK Pengangkutan. *Krik3 (Cricket sound). Ok diam. :)



Part 1 : Zoo Negara Volunteer. 041211.
Ni part yang paling sangat taknak aku cerita. Sebab? Ahli KM sedia maklum kot. Okay bila fikir2 balik, aku tak pernah sangka dulu bila datang zoo negara, terfikir yang akan ada suatu hari nanti, aku akan menyapu sampah di laluan orang ramai, naik brozerkelorikeapaentahnamanyatu, bagi burung makan sampai kena berlari amik balik bekas makanan burung 'brutal' sebab takut kena gigit, dan lain2 lagi. Ingat 'trademark' abang Man, "Haa Helokk". Haha. Orang kat sana sumpah baik. Kitorang datang lambat, tapi still pengurusan bagi kitorang masuk. Even aku sendiri terdengar suara2 tak puas hati sesetengah dari mereka yang pertikaikan kenapa kitorang dibenarkan masuk. Allah, masa tuu terasalahh jugak aku yang bersalah, even bukanlahh salah aku sebenarnya, tapi tetap nak rasa bersalahh jugak. *Haha. Degil.

Credit to : Nurul Faiznani. :)

Part II : Mesra 'Rakyat' Bersama Anak Yatim Rumah Amal Suci Rohani. 241211. *Sukahatibaginamaprogram. :)

Okay part ni semangat aku nak cerita. Haha. Alhamdulillah apa yang aku rancang semua berjalan dengan lancar tanpa ada masalah, walaupun pada malamnya tu bila driver tu kata "Saya tak berapa biasalahh jalan ke Bandar Utama tu, saya kalau Shah Alam tu bolehlahh". Dalam hati aku dah "Apakah?!!" Nasib baik pagi esoknya bila aku nak contact driver, just nak ingatkann dia yang sepatutnya pukul 9.30 am dah terpacak kat rumah amal tu, then mesej AJK Anak Yatim, Aminah, "Budak2 tu dh naik bas lar,,gud j0bs muiz..." (9.12 am) Lega & risau aku bertukar kalau2 anak yatim yang sambut kitorang para fasilitator. Hahaha. Rumah diorang dalam 30km je dengan zoo negara. The good thing is, bas UiTM sampai serentak dengan bas anak yatim. *Okay nasib baik bukan diorang yang sambut kitorang. :)
   

At last, selesai dahh program nihh & rasanya nihh lahh jugak event paling terbesar yang paling bermakna pada aku sepanjang bergelar student Asasi UiTM. Seriously dengan program nihh lahh aku bukan bergaul dengan Engineering student sahaja, tapi dengan Science student. Apa yang dah terjadi Part I, aku dah 'positifkann diri' dalam entry yang lepas. Semua yang terjadi ada hikmah rite?? & rasanya aku 'rasa' hikmah tu. :) By the way, Alhamdulillah selesai dengan jayanya. Harapnya apa yang semua ahli KM dapat, bersama dengan anak yatim, 'berbakti' pada pihak zoo & haiwan, berbaloi dengan apa yang kita semua dah usahakan untuk kearah tu selama nihh. Selagi mana kita ikhlas, insyaAllah Allah permudahkan. Dear AJK, seriously nihh ialah TEAM terBEST yang pernah aku kerjasama. :) Sorry sangat2 kalau ada salah silap.
AJK Program Secangkir Kasih

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Barangsiapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barangsiapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini. Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya." (Hadis Riwayat Ahmad) | Sumber.

*Blogger yang bercerita tentang perkara yang sama :
PART I
Hasmila Nazri
Fatihah Abdul Malik
Nurul Faiznani
Azmyza Azmy

PART II
Fatihah Abdul Malik
Hasmila Nazri

May Allah Bless. :)


7 comments:

. ieraafifah . said...

waaahhhh ! kagum sebentar :)

Mu'izzuddin Hatdran said...

tu lahh,. aku ajak ari tu dtg, ko tak nak,. :)

Fatihah Malik said...

yeah~ the best thing ever happened sepanjang 2011 ni~ btw, thanks commercial kan blog aku. wee~

Mu'izzuddin Hatdran said...

ahha,. takpe nanti aq mintak royalti,. sekali ngn post mortem aq,. :)

Fatihah Malik said...

ape? royalti sekali lagi? muiz mata duitan~~~~~~~~~~~~~~~~~

MRS YOU KNOW WHO said...

Wahhhh, bestnya blog kne promote! Hahaha! Nice entry muiz! :D

Mu'izzuddin Hatdran said...

fatihah malik : ahha,. nihh bisness namenyer,. :)

mrs you know who : haha,. mekaseh2 cik voldemort,. :P