Saturday, December 10, 2011

VIEW | Melayu.

Assalamualaikum w.b.t

101211. Sumpah title di atas sangat bajet. Haha. Okay lama dahh tak menaip kat sini. Dulu masa cuti bolehlahh nak menghadap laptop 24 jam. Bukan buat ape punn. Kalau tak bukak FB, bukak blog. Boring sikit, carik apa2 movie untuk didownload. Boring banyak, aku tidur. Hahaha. Tapi sekarang, nak online punn kena berlari sambil bawak buku. =.=' *Apa kaw dah merepek nihh?

Okay actually aku sendiri punn takut nak cakap pasal nihh. Sebab setiap daripada kita termasuk aku punn memang pernah buat. Pernah sangat2 kann dengar orang cakap "Alaa, janji Melayu~ Biasalahh~". So soalannya, sukakah kita yang berbangsa Melayu nihh bila dengar macam tu? Kalau yang cakap tu orang kita, still okay lagi. Kita boleh anggap sekadar gurauan. Tapi macam mana kalau bangsa lain cakap macam tu? Okay fine kalau korang tak rasa pape. Haha. Mungkin sebab dah lali? Dah terbiasa? Sebab macam nilahh kita selalu jugak dengar "Macam manalahh Melayu nak maju?~" ye dakk? Ohh come on lahh~ Kita nihh hidup jangan nak susahkan orang lain boleh tak?

Okay bukanlahh aku nak aibkan bangsa sendiri. Tapi just nak sedarkan setiap daripada kita sendiri termasuk aku yang bila disebut Melayu, orang akan sedia maklum dengan beragama Islam. Islam ajar kita untuk berpegang kepada amanah rite? Bukankah janji itupunn tergolong dalam amanah? Lagilahh bila melibatkan kerja. Kalau kerja punn kita tak amanah, cuba fikir, berkat ke gaji yang kita dapat? Bila dah diberi tanggungjawab tu, tolonglahh buat sehabis baik. Ni tak. Pastu bagi anak bini makan. Haaa, helokk~

Lagi, kita ni sangatlahh terkenal dengan sifat ketimuran yang tinggi. Adakah salah kita cakap terima kasih, ataupun minta maaf pada orang lain? Jatuh ea standard? Taklahh~ Orang lagi pandang mulia pada kita taw tak. Ni tak. Bahasa 'pasar'nya, menyirap taw tak? Lagilahh kalau orang yang tak tahu senyum, buat muka kalau boleh nak "'Kaki'kann aje dia nihh kang". Hahaha.

*As one who fully responsible about this particular programme last week, i'm really sorry for any problems that were happened. I'd tried my best. And for the next programme, i'll try to make it smoothly. Honestly, 'benda' ni buat aku makin rasa perlunya tegas even berdepan dengan orang yang lebih dewasa. Tapi tak bermakna hilangnya rasa hormat. :)





2 comments:

Fatihah Malik said...

ecehh~ dia punn ad blog~ hahaha,. :)- aku copy paste je komen kau. haha.

Mu'izzuddin Hatdran said...

eceh~ sibuk je nak komen2. biar le, ingat dia sorng je ke ade blog~~~

#aku pon copy paste jugak~,. haha,.