Thursday, March 29, 2012

KAWAN | Asasi UiTM. It Ends Here. :(


Assalamualaikum w.b.t


Sebiru hari ini
Birunya bagai langit terang – benderang
Sebiru hari kita
Bersama di sini

Seindah hari ini
Indahya bak permaidani taman syurga
Seindah hati kita
Walau kita kan terpisah

300312. Hye semua. Sangat lama dah tak update. Bukannya takde idea, tapi macam, “Alaa nanti lah esok baru update”. Then esok pun cakap ayat sama. Memang sampai ke tahap, “Esok kau ni muizz boleh diterima maksudnya sama dengan tahun depan”. Hahaha. Okay btw, tamat dah Asasi UiTM. Alhamdulillah. Plus minus 10 bulan kat PALAM, takda apa – apa yang buruk yang berlaku. Demam, batuk, pening, stress tu biasalahh kan? Orang kata, adat lahh nak belajar, pengorbanan tu perlu ada. :)

Okay menyimpang dah nihh. Tak banyak benda yang aku nak cakap pun sebenarnya. Just aku rasa perlunya satu entry RASMI untuk UiTM Kampus Puncak Alam dan segala ‘isi - isinya’. It means, my friends, lecturers, housemates, clubmates, makcik - makcik dan pakcik - pakcik Jom Mio, Sireh Cafe. Eh? :D

PI009P3.
( Hakim, Apek, Syuk, Nizam, Sufi, Che Wan, Mawi, Mirul, Amir, Salam, Peng, Fakhrul, Fadil, Apiz, Haiqal, Mifhdal, Ekin, Iera, Syud, Farah, Farahin, Ina, Zul, Syawal, Ikhwan, Eqram, Bazero, Iqram, Arina, Haziqah )

Okay inilah insan-insan yang majoriti masa aku di PALAM dihabiskan bersama diorang. Guys, aku nak mintak maaf atas semua salah aku. Apa yang aku buat, apa yang aku cakap, apa yang aku guraukan, seriously takda satu pun yang menjurus kepada nak sakitkan hati korang, benci korang. Cuma yelah kan, manusia kann~ Ada kalanya aku pernah jugak kata macam “Ah memang gelaplah masa depan kau” & lain lagi. Tapi sacara zahirnya aku menampakkan nada aku bergurau. Terniat untuk mengiyakan tu? Tak pernah. So please please. Again, mintak maaf sangat andai apa yang aku guraukan, terasa pada korang. Halalkan apa yang pernah aku termakan, terminum, terpukul, semua. Walaupun secara jujurnya kadang – kadang ada certain perkara yang aku marah, tapi still tak terlintas di hati aku untuk timbul rasa benci. Tak. Pada aku, sekali kita kawan, sampai mati kita tetap kawan. Tak pernah sekali pun terniat “Owh dah lah! Taknak lah kawan kau lagi!”, “Memang asasi kau hancurlah!”.  The same thing, aku maafkan dari sekecil – kecil zarah yang korang pernah terbuat salah kat aku, sampailah ke kesalahan yang sebesar – besar ummat. Hehehe. Aku doakan korang berjaya dunia akhirat. Jangan pernah sekali kita lost contact ye? Maybe pada aku agak impossible lah kan untuk mesej, call, kerap. Tapi kita still ada FB, ada Group page yang perlu kita sentiasa connect. Pada bekas - bekas Group T, sorry kalau sebelum nihh ada terkutuk, termengata ke kat belakang. Hehehe. Even kenal korang dalam satu sem je, tapi ingatan tuhh sama macam kenal korang sepanjang Asasi. :D


Lakonan mereka masa birthday aku, aku tak lupa.
Special Speech for Syud. Hahaha. Hari tuh dah janji kann dengan kau? Ermm, bye Syud, jumpa lagi. Nanti dah 'besar' jangan lupa aku. Hehehe. Belajar rajin - rajin. Banggakan mak pak hang. :D Owh! Aku hari tuh janji nak buat origami untuk kau dengan Farahin kann? Kalau jumpa lagi, insya-Allah aku bagi. :))


Oh ye! Untuk birthday party & prank aku, aku takkan pernah lupa seumur hidup aku. :)


Friday, March 16, 2012

BLABLA | Final Examination.

Assalamualaikum w.b.t

Aku tau 143 tu ada maksud yg tersendiri 4 those yg kapel :D
160312. So yeah this is what i call tiba-tiba perasaan nak update blog tu membuak-buak. HAHAHA. Actually i'm still in mood of Final Examination. 3 more papers to go : CHM096, CSC099, CTU087, and then, title sebagai 'Student Asasi UiTM' tu akan di-eliminated serta merta. Wah! Wah! Kejap je lagi. Seminggu je lagi ada kat PALAM yang cantik dan superb nihh. Sedih. T__T




Tapi secara jujurnya aku tak rasa sedih mana punn nak tinggalkan PALAM ni. :) Kot, ni semua gara-gara tengah final, so fokus lebih kepada study, practices, revises, buat balik tutor, try past year quest bagai. Takdanya derr ada masa nak duduktermenungkattingkapdalamhatibyepalamjangannangisbilaakudahtakdananti. O.o

So far, what i can say 'bout my final is just Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Even realitinya sem ni carry mark aku agak down compare sem lepas. Tapi aku tengah cuba sangat untuk redha bukan pasrah. Yeah, including tawakkal. Aku nak down lebih2, bila aku tengok balik certain kawan aku yang lain, "oh dia lagi rendah". Teringat ayat penceramah MAZA, "Kata Hamka, yang ada ini sudah harapan kita". Sekurang-kurangnya hingga pada saat ni, Allah masih kuatkan aku untuk struggle dalam final untuk kejar target aku tu, sihatkan aku, bangun pagi nak study, Allah segarkan aku. It's enough rite?



Actually i'm trying to advise for myself. Still, aku masih ada orang-orang yang mengharapkan kejayaan aku. Guys, thanks. Oh! Satu ayat yang aku semangat gila2. ---> "Nnti final kan. Buad btolbtol. Sbb nnti iqa bole ambik rsult muiz tok motivate iqa." Heee~

Okay it's already 1800. Nak beli makanan. Lapar! Lapar! :)


*Owh lupa about something. Since today 160312, Happy Birthday to both of you, kak Raihana binti Ahmad Jalaluddin & Muhammad Farhan bin Hassan. Nah cake! :)