Thursday, March 29, 2012

KAWAN | Asasi UiTM. It Ends Here. :(


Assalamualaikum w.b.t


Sebiru hari ini
Birunya bagai langit terang – benderang
Sebiru hari kita
Bersama di sini

Seindah hari ini
Indahya bak permaidani taman syurga
Seindah hati kita
Walau kita kan terpisah

300312. Hye semua. Sangat lama dah tak update. Bukannya takde idea, tapi macam, “Alaa nanti lah esok baru update”. Then esok pun cakap ayat sama. Memang sampai ke tahap, “Esok kau ni muizz boleh diterima maksudnya sama dengan tahun depan”. Hahaha. Okay btw, tamat dah Asasi UiTM. Alhamdulillah. Plus minus 10 bulan kat PALAM, takda apa – apa yang buruk yang berlaku. Demam, batuk, pening, stress tu biasalahh kan? Orang kata, adat lahh nak belajar, pengorbanan tu perlu ada. :)

Okay menyimpang dah nihh. Tak banyak benda yang aku nak cakap pun sebenarnya. Just aku rasa perlunya satu entry RASMI untuk UiTM Kampus Puncak Alam dan segala ‘isi - isinya’. It means, my friends, lecturers, housemates, clubmates, makcik - makcik dan pakcik - pakcik Jom Mio, Sireh Cafe. Eh? :D

PI009P3.
( Hakim, Apek, Syuk, Nizam, Sufi, Che Wan, Mawi, Mirul, Amir, Salam, Peng, Fakhrul, Fadil, Apiz, Haiqal, Mifhdal, Ekin, Iera, Syud, Farah, Farahin, Ina, Zul, Syawal, Ikhwan, Eqram, Bazero, Iqram, Arina, Haziqah )

Okay inilah insan-insan yang majoriti masa aku di PALAM dihabiskan bersama diorang. Guys, aku nak mintak maaf atas semua salah aku. Apa yang aku buat, apa yang aku cakap, apa yang aku guraukan, seriously takda satu pun yang menjurus kepada nak sakitkan hati korang, benci korang. Cuma yelah kan, manusia kann~ Ada kalanya aku pernah jugak kata macam “Ah memang gelaplah masa depan kau” & lain lagi. Tapi sacara zahirnya aku menampakkan nada aku bergurau. Terniat untuk mengiyakan tu? Tak pernah. So please please. Again, mintak maaf sangat andai apa yang aku guraukan, terasa pada korang. Halalkan apa yang pernah aku termakan, terminum, terpukul, semua. Walaupun secara jujurnya kadang – kadang ada certain perkara yang aku marah, tapi still tak terlintas di hati aku untuk timbul rasa benci. Tak. Pada aku, sekali kita kawan, sampai mati kita tetap kawan. Tak pernah sekali pun terniat “Owh dah lah! Taknak lah kawan kau lagi!”, “Memang asasi kau hancurlah!”.  The same thing, aku maafkan dari sekecil – kecil zarah yang korang pernah terbuat salah kat aku, sampailah ke kesalahan yang sebesar – besar ummat. Hehehe. Aku doakan korang berjaya dunia akhirat. Jangan pernah sekali kita lost contact ye? Maybe pada aku agak impossible lah kan untuk mesej, call, kerap. Tapi kita still ada FB, ada Group page yang perlu kita sentiasa connect. Pada bekas - bekas Group T, sorry kalau sebelum nihh ada terkutuk, termengata ke kat belakang. Hehehe. Even kenal korang dalam satu sem je, tapi ingatan tuhh sama macam kenal korang sepanjang Asasi. :D


Lakonan mereka masa birthday aku, aku tak lupa.
Special Speech for Syud. Hahaha. Hari tuh dah janji kann dengan kau? Ermm, bye Syud, jumpa lagi. Nanti dah 'besar' jangan lupa aku. Hehehe. Belajar rajin - rajin. Banggakan mak pak hang. :D Owh! Aku hari tuh janji nak buat origami untuk kau dengan Farahin kann? Kalau jumpa lagi, insya-Allah aku bagi. :))


Oh ye! Untuk birthday party & prank aku, aku takkan pernah lupa seumur hidup aku. :)


Kelab Khidmat Masyarakat.
( Apek, Hakim, Haziq, Paan, Asyrafi, Teha, Munirah, Najah, Ricma, Mila, Myza, Aminah, and the others )

It’s really nice sepanjang habiskan masa dengan korang, bekerja dengan korang, ber-having fun dengan korang. Satu memori yang aku takkan pernah lupa. Aku tak pernah terfikir dulu yang suatu masa dulu, aku datang ke Zoo Negara untuk charity work. Datang Zoo Negara siap ber-but, ber-penyapu bagai *Bahasa apa yang kau pakai ni muiz? Seriously, kalaulah akan datang aku ke Zoo Negara lagi, korang yang aku terus terlintas dalam fikiran aku. Datang Kids World, owh kat sini tempat yang aku bersihkan. Ingat lagi pada hari untuk tentukan program besar yang nak dibuat, aku positifkan diri datang jugak ke meeting. Masa tu puasa, and memang meronta – ronta lahh rasa malas nak pergi. Hehehe. Tapi the result is, seriously aku tak nafikan aku dapat satu kenangan yang sangat sangat awesome ! Dari kelablah aku dapat ramaikan kawan lagi terutamanya student Asasi Sains. So macam takdelahterperukkatpalampandangmukamukaP3je. Hehehe. Btw, aku mintak maaf kalau ada terbuat salah kat korang, kekurangan dalam hasil kerja aku *aku tau itu. Especially Teha, mohon dilupakan ayat salah faham tuh ye? :)

A3302.
( Firdaus, Hafizie, Fitri, Luqman, Aiman, Sanusi, Khai )

Okay guys, aku maafkan kesalahan – kesalahan korang. *Eh? Hehehe. Pada housemates aku sekalian, mintak ampun kalau aku ada buat salah. Kepada supplier water heater aku, Khai, thanks banyak – banyak. Takde kau, hidup aku akan gelap takde air. *Seriously. Haa! Aku tau kau terasa bersalah pasal 'itu' kan? Takpe, aku tak salahkan kau punn. Sikit pun tak. Kalau ye, dah lama aku tampal kat depan bilik aku, 'Khai is not allowed to enter this room'. Aku cuma terasa terkilan je sikit tapi tu pun terhadap si sape tuh? Lupa dah. :D Fitri, aku teringat dulu aku ada ter’gurau’ nak belanja kau McD kan? Terasa bersalah lak tak belanja kau. Maaf maaf. Kepada roommate aku, Firdaus, mintak maaf, mintak halal ye semua. Takde kau, seriously macam – macam perkara boleh berlaku. Antaranya, kelas aku pukul 8.30 pagi, pukul 10.00 pagi aku baru datang. Thanks sangat – sangat. Aiman, kau mesti stress kan dengan kitorang yang selalu tak susun kasut? Hahaha. Sabar sabar. :)





Lecturers.

Ya aku tau tak mungkin punya lecturer - lecturer aku bukak blog ni. Hehe. Tapi degil jugak nak taip. But before that, mohon dibolehkan guna istilah 'cikgu' ye? Hehehe. Yelah mungkin aku dah 11 tahun kat alam persekolahan, kat PLKN pun guna istilah 'cikgu', bila masuk universiti, terpaksa guna panggilan yang lebih formal gamaknya, sesuai dengan tahap pendidikan diorang. So sebab tu kot aku terasa macam ada jurang dengan students. *Kalau aku jadik lecturer esok, aku nak bagi student2 aku panggil aku cikgu. Hmm. Okay cikgu semua, terima kasih, halalkan semua ilmu yang dah diberi. Mintak maaf kalau selama nihh ada ter-kurang ajar semua. Sir Zamri ajar kat depan, aku pergi melagha bukak FB. Dr. Huang mengajar kat depan, aku dengan Hakim pergi bantai tidur. Pastu kena perli. Peh sumpah tak boleh lupa. Hahaha. Miss Hanim, Miss Qhaizan, cikgu sangat sempoi, sangat sporting dengan students. Madam Halaliza, saya minat Chemistry. Betul. Tapi entah kenapa dapat result setiap quiz, test, sy stress. Haishh~



Okay lastly, thanks a lot again. Masa, pengalaman, kenangan yang aku habiskan dengan korang semua, insya-Allah aku akan ingat sampai bila - bila. Mintak maaf semua kesalahan aku. Aku sikit terasa sebak bila mesej atau tweet atau komen kat FB, ayat macam "Kau tunggu kau tunggu. Esok siap kau". "Esok pergi kelas sama - sama eh". "Kau makan tak petang nih?". "Tutor dah siap?". Tapi realitinya, benda - benda tu tak kan berlaku lagi. T__T Aku doakan kesejahteraan hidup korang dunia akhirat. Dipermudahkan segala urusan. Amiin~ Thanks, kawan.

Alhamdulillah, Allah beri aku kesempatan untuk belajar di PALAM, pertemukan aku dengan orang - orang yang hebat, kawan - kawan yang sangat awesome.

Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan Illahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah

Selamat jalan teman, tetaplah bejuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini



3 comments:

LEY_PARK said...

xder pun cter pasal aku.. :(

LEY_PARK said...

xder pun cter pasal aku.. :(

Mu'izzuddin Hatdran said...

crita pasal kau nak buat apa dil,. HAHAHA