Monday, April 23, 2012

VIEW | Kerja.

Assalamualaikum wbt.

230412. *loading 5 minit tak tau nak mula dengan apa*. Okay korang sihat? Dah makan? Belum? So ada aku kesah? I'm just asking okay. So please don't assume like i'm concerning about you. *killmenow* Hmm. Actually tadi masa kerja, belambak idea. Sampai rumah, rasa macam "Eh, aku nak buat apa ek tadi?" :)

Tiada apa apa perkembangan terbesar dalam hidup aku buat masa ni. Aku masih lagi bujang. Zizie masih takda kak ipar lagi. Eh? :D Just aku dah start kerja di satu kedai makan di bandaraya metropolitan Yong Peng nih. Dah 2 minggu lebih. So tu yang rasa macam takda masa nak update. Sebab nak update ni perlukan suasana dan pemikiran yang kondusif. Hahaha. Karang kalau tengah aku emo, habis semua aku update caci maki hina bagai. :D By the way, aku nak update ni pun sebab dah di-woyhhh!-kan oleh zizie. Hahaha. Mekaseh lahh kepada zizie yang sentiasa ternanti nantikan update dari aku. Susah betul kalau ada fans ni. *standby untuk kena pukul*


                Budak budak baru pandai mengeja,
                    Hari ini aku nak cerita pasal kerja.

So sedar tak sedar, dah 14 hari aku kerja kat restoran mak esah (bukan nama sebenar). So sepanjang ni jugak aku dah belajar macam macam, jumpa orang yang macam macam, dengan karenah yang macam macam, dan jugak dengan nama order yang macam macam. Hahaha. Ada sekali tu adalah sorang mamat indon ni datang, nama dia Harlino (bukan nama sebenar). Aku yang penuh ramah mesra tanya "Nak order apa bang?", "Bagik itu naskapi satu". Aku time tu dah whatthejadahairapayangkaumintaknihaa? Time tu memang dah blurr habislah. Aku jelas, aku dengar apa yang dia sebut, tapi disebabkan aku tak paham & nak take time untuk faham apa yang dia cuba sampaikan, aku tanya dia 3 kali. Hahaha. Nasib baik kali ketiga tanya, aku dah dapat tangkap. Kalau tak, elakkan kat situ jugak aku di-naskapi-kan oleh beliau. :D Ada sekali tu jugak sorang couple bersama anak datang nak makan *fiinneee~ takkan datang nak basuh baju pulak*, telah berkata Siti Ropeah, 26 (bukan nama sebenar), "Bagi akak tesi dik". Dalam hati dah woitesituapawoi!. Nasib baik sang suami, Ropiee, 27 (bukan nama sebenar) dapat detect akan ke-blurr-an muka aku yang sangat ketara tu. "Tesi tu teh susu cair. Orang india selalu cakap camtu". Hmm Okay. Orang India. Tapi malangnya kat kedai aku kerja, takda perkhidmatan air tersebut. :D Actually banyak lagi. Tu tak masuk lagi yang orang jenis 'bagi lantai makan'. Haa~ means that yang bila makan, habis nasi semua berterabur kat atas meja dengan lantai. Tak memasal mengundang semut dan lalat dan aku yang ketika itu kena sapu semua tuhh. =='

Tapi semua ni bukanlah nak kata aku megeluh, stress, bagai. Tak. Seriously tak. Even hari Sabtu dan Ahad yang bagaikan 24 hours non stop customers in and out, dahlah aku sorang kat depan, tapi seriously aku rasa enjoy. Sebab dari awal lagi aku rasakan tujuan asal aku kerja part time nihh sementara nak tunggu panggilan degree, adalah untuk belajar, untuk rasa adanya satu pengalaman baru. So aku rasa kat situ aku rasanya datang satu kepuasan untuk diri aku. Memang tak dinafikan kerja adalah untuk dapat duit, kena bangun bersiap pagi - pagi adalah sangat menyeksakan, tapi ia akan jadik sebaliknya sekiranya fikir positif. Selalu sangat dengar orang stress di tempat kerja lah, apa lah kan. So aku rasa orang orang ni sebenarnya tak dapat capai rasa kepuasan dari apa yang dia kerjakan itu. Tak lebih dari rasa terpaksa dan juga mungkin faktor - faktor peribadi ataupun problem dengan majikan mungkin. Pernah ada sekali tu aku bangun pagi dan rasa sangat mengantuk, then bila kat tempat kerja, pak uda tegur aku sebab aku duduk je tak buat pape. Seriously time tu aku rasa mood aku pada hari tu sangat merudum. Semua kerja aku buat serba tak kena. Rasa nak text je sesiapa untuk hilangkan rasa tension. Mata pulak asyik tengok ke arah jam tunggu waktu habis kerja.

So, pengajaran daripada tu, aku sekarang selalu letakkan mindset bila bangun pagi, hari ni kerja, so i'l learn another new things. & cuba sedaya upaya untuk carik kerja yang boleh dibuat asalkan takde siapa siapa yang marah aku. Even penat, tapi aku rasa kat situ aku rasa puas. Boss pun suka. Anak perempuan boss pun suka. Eh? So sekarang ni, prinsip aku kerja, since aku dalam proses belajar, so apa je problem atau benda yang berlaku, aku akan letakkan itu sebagai salah sendiri. Seriously itu akan buat rasa lebih tenang tanpa ada marah. & that's why orang selalu kata, bila belajar, nak pilih course untuk futher study, fikir betul - betul. Dah tau diri tu menyampah tahap dewa kat biology, toksah menggatal nak pilih course yang ada biology. Tapi sebenarnya sekarang ni, kadang - kadang minat tak menentukan jugak kerjaya kita, masa depan kita. Kan? So, fikirlah betul betul. *aku tengah nasihatkan diri sendiri ni senanye* :D

Dan satu lagi yang tak kurang perlunya dalam bekerja ialah ikhlas tanpa rasa terpaksa. Taknak elaborate, lu fikirlah sendiri. :D Tapi kan, aku memang cukup menyirap bila datang dan duduk, aku dah mintak order berkali - kali, tapi 'dia' sibuk buat donoo je, siap boleh berbual dulu dengan member dia dululah, on call dululah. Aku ni dah terpacak je dah menunggu dia nak order apa. Pastu bila aku blah, barulah sibuk nak terjerit jerit mintak order. Wahh~ Please please. Sila jangan buat begitu. Haishh~
So, that's all for today, thank you class. Don't forget to do your homework okay? *keluar kelas* Apakaumerepeknigilaaaa?!

Nota mintak kaki : Nanti aku update senarai - senarai menu makanan yang ada kat situ. :D








No comments: