Thursday, November 29, 2012

BLABLA | #1 *update*

Assalamualaikum w.b.t

301112. Okay so ni nak cecepat taip. Hari ni jumaat derr. Pastu perasaan nak berblogging timbul di puncak pukul 12.00PM. Kuaja betei. Elakkan pergi masjid, gua dok fikir pasal blog. Hahaha. Okay ni just nak share pengalaman gua pergi mines, pastu pergi kedai mainan. Mula2 rasa macam okay apedehal lahh sangat kan? Hmm oh by the way, post ni mungkin bebudak UPM je kot yang faham. Sebab jangan tanya kenapa aku guna word 'Sludop', 'Purdah', 'Nanah', 'Taska'. Hahaha Jangan risau. Mereka semua manusia. Makan nasi jugak. Bukan objek kekal diam membisu. :D


Okay kelaut cerita yang gua nak cerita. Hahaha. Semalam pergi The Mines. Pastu one of my coursemates, Nik, asked me to buy 'pistol mainan' for her nephew, Adam. Okay so memula aku macam hmm okay nanti aku carik. Nasib baik nik bagi terus direction kedai tu kat mana. So takde ah macam aku kena pergi kaunter pertanyaan, tanya kedai mainan kat mana kat dalam The Mines yang maha besar tu. Hahaha. So confident punya pasal kan, jalan pun 'menonong' je sebab dari jauh dah nampak dah kedai tuh. Masa tu adalah sorang dua bebudak kecik kat situ, pastu aku, Sludop, Purdah, jalan macam gangster, terus tolak diorang ketepi. Pastu budak tu pun nanges. *okay tipu*. :D According to specs yang dah dibagi aku pun melilau mata cari pistol tu, pastu tak jumpa, pastu akak tu pun tanya, pastu straight forward aku tanya "Ada tak pistol yang harga RM15?" *Confident*. Hahaha Aku syak nik dah survey kot sebelum nih. Pastu akak tu pun tunjuk lah pistol tu dan satu senapang yang tak kurang jugak bestnya tapi harga mahal sikit, RM20. Okay peluang kan? Aku pun main ah sampai bosan kejap try pistol, kejap try senapang, pastu tukar balik pistol, pastu senapang balik, pastu akak tu "Ko pehal derr? ==' Sakit?" *Okay tak* :D

And then aku tanyalah pistol tu ada kotak tak sebab aku ingatkan Nik nak balut ke apa kann. So pistol tu takde kotak tapi senapang ada kotak. So aku macam konflik ah sekejap nak pilih mana. Then call Nik. Aku tak tau apa akak tu fikir apa bila aku cakap dengan akak tu "Kejap ea kak. Nak bincang kejap." Hahaha. Purdah dengan Sludop memang dok sakan gelakkan gua r kan dari jauh. Haihhh. Moment yang paling memalukan aku bila Nik kata nak dengar bunyi senapang tuh, pastu aku pun macam lurus ah kann dekatkan phone kat senapang, pastu tekan. Tet! Tet! Tet! Tet! Tet! Tet! Tet! *facepalm* Serious jatuh kelakian aku time tu aku rasa. Hahaha. So dah rasa malu tahap gaban, terus aku kata okay jelah Nik. terus pilih senapang tuh, terus suruh akak tu bungkus cecepat. Hahaha. Okay that's all. End of my story. :D

"Dear budak, mohon jaga bebaik senapang tu okay? Sebab 'uncle' menempuh detik detik hitam dalam hidup tau tak nak dapatkan senapang tu. "

Moral of the story : That's why don't ask men untuk beli barang anak. Sebab memang pelik jadinya. Kowt. Hahaha.

*update* Okay so ini dia, Adam. Bersama senapang yang dimaksudkan. Hmm cucu kommando sangat. :P


Credit to : Notas De Mi


Saturday, November 3, 2012

BLABLA | Week 9. :)

Assalamualaikum w.b.t

041112. Hmm hai blog terpinggir! *Tiup habuk* Hahaha. Okay it's been awhile I didn't post anything here. Busy yang teramat mungkin. So sekarang dah week 9. Terasa macam kejap sangat masa berlalu. Terasa macam baru semalam masuk tadika. Eh okay melampau sangat tuh. Hahaha. Okay try to make this simple. Since I haven't tell anything about my course in detail kan, so let me habiskan masa lapang aku dengan buat benda nih ye. *Tetiba ada masa lapang padahal assignment, tutorial, presentation menimbun baq ang! *sigh*

First of all, aku sekarang study kat UPM, Bachelor of Engineering (Mechanical). Kalau tak tau mohon unfollow aku sekarang. Okay jangan! Haha. So I'm in first year, first semester now. Terasa 'kejutan budaya' sikit dengan study life. What I mean is 'Engineering life', not 'campus life' since i graduated from Asasi UiTM kan, so macam gaya hidup universiti ni takde benda ah sangat. Tapi bila dah degree nih, ya Allah aku rasa macam pfffft~. Hahaha "Para junior sekalian, tolonglah belajar sekarang, jangan lupa sampai bila bila. Belajar untuk SPM, belajar untuk matriks/asasi, pleaselahh jangan belajar untuk itu je. Belajar bukan untuk periksa." The reason why is when you're in degree, the lecturers are totally not like your teachers in your previous school. Dulu MRSM boleh ah nak 'disuap' kan, kat asasi pun sikit ah kena 'suap', kat degree memang tak dapat derr. Lecturer akan anggap basic kau memang umpama dah dipasak sepasak pasaknya. :D Dan betul ah jugak Angah kata, kat universiti kena pandai 'berpolitik' dengan lecturer. Plus sekarang nih ada Cina kan, memang lagi saingan macam hape ah kan.

Okay cukup untuk tu. Beralih pada coursemates. Okay yang ni memang AWESOME. Hahaha. Kat UPM nih, Mechy ada berapa entah. Lupa. Hahaha. Tapi most of them are kot from matriks/asasi (Asasi PALAM ada 7 orang) dan sikit ah dari diploma dan foreigners from Iran, Saudi Arabia, ... , lupa. :D Syukur dapat coursemate yang boleh ah dikatakan bila ajak 'menggila', boleh sesama. Hahaha. Seriously walaupun baru 2 bulan kenal, tapi kenal macam dari tadika. *Okay melampau tu Muiz. Hahaha. Boleh dikatakan setiap minggu tak lekat kat kolej. Mesti ada je plan nak pergi jalan2. Pastu kalau habis kelas petang, around 6.30pm gitu, mesti ada sekelompok kami yang 'melepak' kat cafe sesama. :D Tapi mungkin aku tak jumpa lagi kot kat sini kawan sebaik Aliff Saad, Ahmad Hakim. Hmm. So sikit gambar mereka mereka ini. :)

 
Hmm nik~ nik~ *facepalm* HAHAHA
The best part is, I brought together some of my coursemate to PALAM last Friday (021112) and it feels like bawak 'family' tunjukkan diorang ni ah tempat yang aku belajar selama ni selama setahun. Proud to be Palamians. Hahaha. And of course ah kan aku sangaaaaaaat rindu kat PALAM. Jangan kata diorang, aku sendiri drive lalu bangunan fakulti rasa macam ..... *speechless*. :D Sikit terkilan tak dapat bawak mereka naik rooftop FTP yang bapak tinggi tuh. 17 tingkat kot. Lupa dah. Haha. Scenery yang aku rasa takde kat mana mana universiti. Rindu dengan kabus pagi, rindu dengan matahari terbenam bagai. Pastu Purdah dengan Sludop je yang rasa tangga 'kejayaan' tuh. Haihh~ Anyway, PALAM makin LAWA wehh! Sumpah. Fasa 2 dah banyak dah bangunan naik. Hmm okay aku menaip ni pun dah macam excited tahap hape dah nih. Haha Memang no matter what, one fine day aku akan overnight kat situ jugak walaupun sehari. InsyaAllah. Nak rasa balik life kat sana bangun pagi pastu berselubung dengan sweater, selimut sebab kesejukan sampa tengahari, turun Angsana beli makanan tak perlu mandi. Hahaha. Mohon KJ @ Botak uruskan penginapan, makanan ye? :DDD

View dari rooftop FTP yang mereka tak dapat rasa. :)

Okay that's all. Melampau bebenoo take 5 aku ni bila dah start menghapdate blog. Hmm. Kbai. :)