Wednesday, October 16, 2013

VIEW | SERIOUS MATTER

Assalamualaikum w.b.t.


161013. Serious dah lama gila tak update blog aku sendiri. After 7 months since March, and then baru ni terasa macam timbul kesedaran nak blogging balik. Errrr entah. Tak blogging kot. Just macam timbul rasa nak update, update. Kalau tak, zzzzzzz. Syukur sebab aku masih ingat lagi URL blog ini, dan juga syukur sebab aku masih ingat email dan password untuk blog ni. Serious, aku dah fikir aku dah lupa dah. Satu perkara yang terasa agak kelakar bila bukak blog ni setelah dah lama LANGSUNG tak bukak, graph pageviews aku serupa orang baru lepas mati yang ditunjukkan oleh mesin heartbeat tu *entah pe entah nama betul dia. Mohon pencerahan dari budak medic* Bezanya aku sekarang, selepas 7 bulan, 'mesin' tu hidup balik. Hahahahahahahahahahahaha hahahahahaha hahahahahahahaha. *terajang*

Not that calm, blog! Berdikari ah sikit! :3

Okay back to the main topic yang buat aku rasa terbuak buak balik nak menulis kat sini. Something yang aku jadik 'terbuku' pulak dalam hati bila teringat pasal ni. Nama dan watak terpaksa dirahsiakan dan aku harap cukup untuk pedoman diri aku sendiri dan korang yang membaca. Krik krik krik. Okay ni dari penceritaan mak aku. Aku takde dalam ini cerita. Hahaha Hari tu family aku pergi rumah sorang ni and what I can describe about this particular family is, mereka kurang sikit terdidik dari segi agama. So, nak jadikan cerita, masa tu dah waktu maghrib dan kita tau kan maghrib sekarang cepat masuk dan begitu juga dengan waktu Isyak. So it's 7.45pm, and well mak aku suruh lahh kitorang solat cepat sebab nanti habis waktu. Kak ipar aku pun suruh suami dia which means abang akulahh kann pergi solat cepat. Mungkin suasana masa tu ibu, kak ipar aku dalam keadaan 'mendesak' suruh kitorang satu family solat cepat, ia menjadikan suasana tak senang oleh si tuan rumah. Sampaikan satu tahap, dia kata "Kita ni kalau nak solat (buat hal agama), kena kenal dulu siapa kita." Something like that lahh ayat dia. So aku yang dengar dari cerita mak aku pun dah macam tersentak, apatah lagi family aku yang ada pada masa tu.

So cerita tu habis kat situ. Lepas aku dengar cerita tu, aku macam sedikit kesal pulak sampai cemana boleh kesitu lak kefahaman dia tentang agama. Aku takdelahh arif sangat tentang agama ni even aku sendiri ada 'zaman gelap' aku dulu dan sekarang pun takdelah nak kata 'cerah' sangat. Just aku harap 'basic' agama tu aku cuba penuhi seikhlas hati. Tapi masa tu buat aku terfikir, bukankah melalui solat (buat hal agama), baru kita boleh kenal siapa kita? Dari situ baru kita boleh ukur cemane 'kita' dalam sisi agama. Seriously. Aku tak pertikaikan apa yang dia kata. Aku cuma rasa kesal and at the same time, thanks Allah sebab timbulkan aku rasa ni dan sedarkan aku pada waktu yang lebih awal.

Sebenarnya, pada aku yang daif ni, takpe kot kalau pada mula kita lakukan sesuatu ibadah tu dalam keadaan terpaksa. Sebab ikhlas tu boleh dibentuk kemudian. Dan kita memang disuruh untuk CARI, bukan TUNGGU. Sebab kalau kita nak tunggu ikhlas dalam buat ibadah, serious, Allah takkan ubah nasib hambaNya kalau hambaNya tu taknak ubah diri dia. Sebenarnya kalau kita kata kita nak tunggu hidayah Allah, at the time kita tergerak hati nak berubah walau sesaat pun, THAT IS hidayah Allah. Hmmm

Rasanya, kalau aku pada saat family aku tu masa tu, aku pun tak terucap pun macam ni kat tuan rumah tu. Just boleh bermonolog kat diri, "Ingat diri, jangan jadi macam tu. Syukur aku tak ditempat dia. Jangan pandang hina kat dia. Once dia berubah, iman dia might be lagi tinggi dari kau. Doakan." Yes, selemah - lemah iman kann? Haihh.

Aku berdoa Allah sedarkan, kasihani, berkati, limpahkan rezeki dia dan keluarga. Sebab, dia bukan orang lain............. Saudara aku juga. Hmmm :'( Serious bukan nak tunjuk pandai! Cuma aku fikir aku tulis untuk aku ingat. Hmmm

Okay cukup! Harap aku tak update lagi pada 7 bulan akan datang. Kesian ada orang yang tunggu penulisan aku. By the way, thanks siapa yang tunggu aku untuk aku update. Such a superb loyal follower you are! Krik krik krik. *angkat bakul terbang sendiri*




Friday, March 8, 2013

BLABLA | #2

Assalamualaikum w.b.t.

080313. Problem yang selalu aku hadapi bila timbul rasa nak berblogging ialah tiada idea untuk start dengan perkataan apa. Hmm atau bahasa mudahnya, introduction. Apa yang selalu menjadi konflik sehingga aku bermonolog bersendirian ialah "Nak start dengan apa ek?". *Nampak penggunaan kata 'ek' kat situ? Well, saya orang Johor. Saya okay. :) Hal ini menjadikan aku dihimpit rasa malas untuk berfikir dan serabut yang teramat yang akhirnya menyebabkan blog aku sendiri terbiar bagaikan buih di lautan. Errrr takde kaitan langsung muiz. Justeru aku terfikir mungkin ia lebih mudah bila aku mulakan mukadimah seperti 'berbual' dengan orang. Contoh, "Hai semua! Sihat?! Eh pedulik pulak aku sihat ke tak. Btw, saya sihat." ==' Okay blog aku bukannya ada ramai follower, bukan seorang blogger yang memiliki komentar beribu bagi setiap post.

Jadi aku mengambil pendekatan untuk memulakan mukadimah aku dengan merepek. Ya, merepek. Seperti ini. :3

Okay first saja aku nak show off hadiah birthday aku. Muahahahaha. Eh hadiah ni memang baru aku dapat hari ni walaupun birthday aku Januari. So mohon jangan kata aku sesuka buat entry perkara yang dah 'berzaman'. Hahahaha Semenanye, tak ku sangka 'benda comel' yang si 'pemberi' maksudkan ini ialah gula-gula. Hahahaha. Owh orang utara panggil ia sebagai 'cekelat'. Sesuatu yang menarik perhatian aku tentang gula-gula ni ia boleh bertindak sebagai wisel. Seriously. Aku ingatkan nama candy tu sesuka je letak nama Whistle Candy. Yelah, the same thing kalau wafer Apollo, tak mungkinlah wafer tersebut boleh bertindak sebagai roket ye dak? Hehehe. So, kali pertama makan, sedap + manis tu memang for sure ah kan. Dah nama pun 'cekelat'. And then bila dah tau rupa - rupanya boleh jadi wisel, so aku pun memekak kat bilik. Terasa diri yang dah beranjak usia ke 20 ni kembali kezaman hingusan. Ngeh3. Bunyi dia lebih kuat dengan meyedut udara kedalam mulut instead of tiup. Pastu dia lambat giler nak melting. Okay elakkan sedut kuat sangat, tercekik. Final destination. :P

Thanks sesangat. Susah - susah je. :)

Whistle Candy. Sila baca dulu bebetul nama gula-gula sebelum bukak dan makan.
Atau korang akan kena marah. Seriously. Kena marah. :P
Ni warna cat lama. Racist gilerrr Google
takde gambar masjid UPM bercat baru. *Tetiba*
Okay ini pulak Masjid UPM. Nampak macam tetiba kan? Hahaha okay ni cerita lain. Semenanya tadi masa solat Jumaat, masa dengar khutbah, adalah budak sebelah aku ni tegur and salam aku. Then dia tanya aku "MRSM?" Sambil tunjuk lencana MRSM, baju yang aku pakai ketika itu. So aku just senyum je ah tanda mengiyakan sebab masa tu khatib still on khutbah. So after khutbah tu before nak start solat, dia pun dekat ke aku and tanya student degree kat sini ke, so jawapan aku "A'ah. MRSM jugak ke?" Nampak kat situ aku menanya cliche question pada pandangan aku. So dia katalah iyer. Ex-student MRSM Taiping. Batch SPM 2012. Okay baru habis SPM rupanya tengah tunggu result. Dia ada kat situ means masjid UPM sebab dekat dengan tempat kerja sambilan dia. "Bila result SPM keluar?", "Rumours kata 20 Mac ni.". Then lepas tu aku kata "Good luck, belajar rajin rajin. Nanti asasi/matriks habeslah kau serabut bila kelas pack gegila. Dahlahh susah. Habeslah kau. Habeslah. Baik kau berhenti belajar je terus." Okay kejam. Aku tak kata gitu. Hahaha. On the way balik kolej tu aku tetiba macam tersenyum sendiri mengagak bila aku pakai baju MRSM Gemencheh tu, dia ingatkan aku sebaya dengan dia. Hahahaha.

New member. Nokia 101. RM120. Serious aku rindu giler kat phone Sony Xperia Sola. :'(

Sunday, March 3, 2013

BLABLA | Malas. :P

Assalamualaikum w.b.t

040313. Okay 3 bulan dah aku tak update pape kat blog nih. Hmm *pasang vacuum cleaner kuat - kuat sedut habuk* :P Aku cuma malas nak fikir apa nak tulis, apa nak cakap. Takde idea? Hmm iya jugak kot. Hahaha So ni dah bulan 3. Ni first time tahun ni aku tak update post pasal birthday aku. *Tetiba* *Bajet retis bajet ada orang nak baca bajet kelakar* ==' Eh tahun ni birthday aku walaupun bukan dengan kawan2 SEHEBAT asasi sampai 'birthday aku disurprisekan party' *ayat Hasmila Nazri* tapi still ada something yang aku takkan lupa kot. Sehari sebelum birthday, watlek gua pergi sondol pintu van syarikat orang. Hahaha First time gua langgar orang, lepas tu bawak member2 yang BARU kenal pulak tu. Sumpah segan giler gua dekat Kolaq, Aisyah, Kak Ain. Haishhh. Tapi seriously bersyukur takdelah teruk mana, kitorang pun takde pape tu pun dah cukup satu nikmat dan cuma Allah nak uji aku + dewasakan pemikiran aku yang sekarang umur aku bermula dengan nombor 2. Hmm "Nampak Allah nak dewasakan hambaNya ni yang selalu sangat main - main ni?" :) Dan paling penting, 31 Januari aku di MRSM Gemencheh. Hahaha. Jalan - jalan dalam tu, jumpa Cikgu Herda a.k.a 'bakal Kak Long', pastu tetiba dapat kad birthday dari 'beliau'. *Tetiba* :P

Saya Budak Mechy. Saya okay. :)
So Alhamdulillah semester 1 dah habis dengan lulusnya. Hahaha. Bila dah degree ni, 'A' bukan lagi target aku. Dapat lulus tanpa fail pun sebenarnya dah cukup untuk aku berlari ke The Mines ulang alik tanda excited. Okay melampau. Result pun lepas dari target sendiri. Okay takyah nak "Woah giler hebat siot!" sangat sebab aku jenis buat target untuk 'at least' yang aku kena dapat. Pada aku, target tinggi tinggi pastu tak dapat pastu kecewa pastu bunuh diri. Owh aku taknak macam tu. Hahaha. Tapi tak bermakna jugak aku cukup berpuas hati tanpa sebarang usaha untuk tingkatkan lagi 'target' aku tu untuk masa akan datang. Hmm :) Moment paling pahit menjelang paper Engineering Material kot. Sehari sebelum exam, aku boleh demam, pening bagai nak hape. Most of the time aku terlantar kat katil and bila rasa okay sikit, bangun, duduk kat meja study, bukak note tak sampai 5 minit, terus pening balik. Tapi Alhamdulillah, masih lulus dengan jayanya. :)

Okay lain. Semenanya sekarang ni aku dah masuk Minggu 3 dah pun untuk semester 2 ni. So far, tak busy mana pun lagi, so tulah sebabnya aku terpanggil untuk bukak balik blog ni. Dan bila aku dapat tahu ada 'orang' ni dah tahu blog aku. So macam gelabah gua recheck balik apa yang pernah aku bebelkan selama ni. Hahaha okay tak pun semenanya. Takde apa pun yang pelik yang dalam blog ni. Hehehe. "Tapi malu tetap ada jugak semenanya.", bermonolog aku sendirian. :)

So there's nothing left yang aku nak perkatakan lagi. Mohon doakan kesihatan, kemudahan, ketenangan untuk hadapi semester 2 ni pulak. Berhadapan dengan Strength of Material, Engineering Mathemetics II, Dynamics, Electrics & Electronics, Programming, dan lain - lain lagi, bukanlah satu perkara yang mudah. Ya, tau tu. Hmm *sambung main game* Hahaha. Eh, seriously aku tak masuk lagi mood study. Haiyoo habeslah habeslah. Hmm nanti ah masuk minggu 12 aku start serabut. "Okay JANGAN MUIZ!". Kbai. :P

To those yang malas selevel atau lagi teruk dari aku, mohon motivasikanlah diri korang. Jangan malas malas. Tau tak malas, buat kerja last minute ni semua hanya akan menhancurkan korang pada masa akan datang. Seriously. I meant it. *sambung main game*

First time dapat angpau. :DDD

#PrayForLahadDatu