Friday, March 8, 2013

BLABLA | #2

Assalamualaikum w.b.t.

080313. Problem yang selalu aku hadapi bila timbul rasa nak berblogging ialah tiada idea untuk start dengan perkataan apa. Hmm atau bahasa mudahnya, introduction. Apa yang selalu menjadi konflik sehingga aku bermonolog bersendirian ialah "Nak start dengan apa ek?". *Nampak penggunaan kata 'ek' kat situ? Well, saya orang Johor. Saya okay. :) Hal ini menjadikan aku dihimpit rasa malas untuk berfikir dan serabut yang teramat yang akhirnya menyebabkan blog aku sendiri terbiar bagaikan buih di lautan. Errrr takde kaitan langsung muiz. Justeru aku terfikir mungkin ia lebih mudah bila aku mulakan mukadimah seperti 'berbual' dengan orang. Contoh, "Hai semua! Sihat?! Eh pedulik pulak aku sihat ke tak. Btw, saya sihat." ==' Okay blog aku bukannya ada ramai follower, bukan seorang blogger yang memiliki komentar beribu bagi setiap post.

Jadi aku mengambil pendekatan untuk memulakan mukadimah aku dengan merepek. Ya, merepek. Seperti ini. :3

Okay first saja aku nak show off hadiah birthday aku. Muahahahaha. Eh hadiah ni memang baru aku dapat hari ni walaupun birthday aku Januari. So mohon jangan kata aku sesuka buat entry perkara yang dah 'berzaman'. Hahahaha Semenanye, tak ku sangka 'benda comel' yang si 'pemberi' maksudkan ini ialah gula-gula. Hahahaha. Owh orang utara panggil ia sebagai 'cekelat'. Sesuatu yang menarik perhatian aku tentang gula-gula ni ia boleh bertindak sebagai wisel. Seriously. Aku ingatkan nama candy tu sesuka je letak nama Whistle Candy. Yelah, the same thing kalau wafer Apollo, tak mungkinlah wafer tersebut boleh bertindak sebagai roket ye dak? Hehehe. So, kali pertama makan, sedap + manis tu memang for sure ah kan. Dah nama pun 'cekelat'. And then bila dah tau rupa - rupanya boleh jadi wisel, so aku pun memekak kat bilik. Terasa diri yang dah beranjak usia ke 20 ni kembali kezaman hingusan. Ngeh3. Bunyi dia lebih kuat dengan meyedut udara kedalam mulut instead of tiup. Pastu dia lambat giler nak melting. Okay elakkan sedut kuat sangat, tercekik. Final destination. :P

Thanks sesangat. Susah - susah je. :)

Whistle Candy. Sila baca dulu bebetul nama gula-gula sebelum bukak dan makan.
Atau korang akan kena marah. Seriously. Kena marah. :P
Ni warna cat lama. Racist gilerrr Google
takde gambar masjid UPM bercat baru. *Tetiba*
Okay ini pulak Masjid UPM. Nampak macam tetiba kan? Hahaha okay ni cerita lain. Semenanya tadi masa solat Jumaat, masa dengar khutbah, adalah budak sebelah aku ni tegur and salam aku. Then dia tanya aku "MRSM?" Sambil tunjuk lencana MRSM, baju yang aku pakai ketika itu. So aku just senyum je ah tanda mengiyakan sebab masa tu khatib still on khutbah. So after khutbah tu before nak start solat, dia pun dekat ke aku and tanya student degree kat sini ke, so jawapan aku "A'ah. MRSM jugak ke?" Nampak kat situ aku menanya cliche question pada pandangan aku. So dia katalah iyer. Ex-student MRSM Taiping. Batch SPM 2012. Okay baru habis SPM rupanya tengah tunggu result. Dia ada kat situ means masjid UPM sebab dekat dengan tempat kerja sambilan dia. "Bila result SPM keluar?", "Rumours kata 20 Mac ni.". Then lepas tu aku kata "Good luck, belajar rajin rajin. Nanti asasi/matriks habeslah kau serabut bila kelas pack gegila. Dahlahh susah. Habeslah kau. Habeslah. Baik kau berhenti belajar je terus." Okay kejam. Aku tak kata gitu. Hahaha. On the way balik kolej tu aku tetiba macam tersenyum sendiri mengagak bila aku pakai baju MRSM Gemencheh tu, dia ingatkan aku sebaya dengan dia. Hahahaha.

New member. Nokia 101. RM120. Serious aku rindu giler kat phone Sony Xperia Sola. :'(

No comments: