Wednesday, October 16, 2013

VIEW | SERIOUS MATTER

Assalamualaikum w.b.t.


161013. Serious dah lama gila tak update blog aku sendiri. After 7 months since March, and then baru ni terasa macam timbul kesedaran nak blogging balik. Errrr entah. Tak blogging kot. Just macam timbul rasa nak update, update. Kalau tak, zzzzzzz. Syukur sebab aku masih ingat lagi URL blog ini, dan juga syukur sebab aku masih ingat email dan password untuk blog ni. Serious, aku dah fikir aku dah lupa dah. Satu perkara yang terasa agak kelakar bila bukak blog ni setelah dah lama LANGSUNG tak bukak, graph pageviews aku serupa orang baru lepas mati yang ditunjukkan oleh mesin heartbeat tu *entah pe entah nama betul dia. Mohon pencerahan dari budak medic* Bezanya aku sekarang, selepas 7 bulan, 'mesin' tu hidup balik. Hahahahahahahahahahahaha hahahahahaha hahahahahahahaha. *terajang*

Not that calm, blog! Berdikari ah sikit! :3

Okay back to the main topic yang buat aku rasa terbuak buak balik nak menulis kat sini. Something yang aku jadik 'terbuku' pulak dalam hati bila teringat pasal ni. Nama dan watak terpaksa dirahsiakan dan aku harap cukup untuk pedoman diri aku sendiri dan korang yang membaca. Krik krik krik. Okay ni dari penceritaan mak aku. Aku takde dalam ini cerita. Hahaha Hari tu family aku pergi rumah sorang ni and what I can describe about this particular family is, mereka kurang sikit terdidik dari segi agama. So, nak jadikan cerita, masa tu dah waktu maghrib dan kita tau kan maghrib sekarang cepat masuk dan begitu juga dengan waktu Isyak. So it's 7.45pm, and well mak aku suruh lahh kitorang solat cepat sebab nanti habis waktu. Kak ipar aku pun suruh suami dia which means abang akulahh kann pergi solat cepat. Mungkin suasana masa tu ibu, kak ipar aku dalam keadaan 'mendesak' suruh kitorang satu family solat cepat, ia menjadikan suasana tak senang oleh si tuan rumah. Sampaikan satu tahap, dia kata "Kita ni kalau nak solat (buat hal agama), kena kenal dulu siapa kita." Something like that lahh ayat dia. So aku yang dengar dari cerita mak aku pun dah macam tersentak, apatah lagi family aku yang ada pada masa tu.

So cerita tu habis kat situ. Lepas aku dengar cerita tu, aku macam sedikit kesal pulak sampai cemana boleh kesitu lak kefahaman dia tentang agama. Aku takdelahh arif sangat tentang agama ni even aku sendiri ada 'zaman gelap' aku dulu dan sekarang pun takdelah nak kata 'cerah' sangat. Just aku harap 'basic' agama tu aku cuba penuhi seikhlas hati. Tapi masa tu buat aku terfikir, bukankah melalui solat (buat hal agama), baru kita boleh kenal siapa kita? Dari situ baru kita boleh ukur cemane 'kita' dalam sisi agama. Seriously. Aku tak pertikaikan apa yang dia kata. Aku cuma rasa kesal and at the same time, thanks Allah sebab timbulkan aku rasa ni dan sedarkan aku pada waktu yang lebih awal.

Sebenarnya, pada aku yang daif ni, takpe kot kalau pada mula kita lakukan sesuatu ibadah tu dalam keadaan terpaksa. Sebab ikhlas tu boleh dibentuk kemudian. Dan kita memang disuruh untuk CARI, bukan TUNGGU. Sebab kalau kita nak tunggu ikhlas dalam buat ibadah, serious, Allah takkan ubah nasib hambaNya kalau hambaNya tu taknak ubah diri dia. Sebenarnya kalau kita kata kita nak tunggu hidayah Allah, at the time kita tergerak hati nak berubah walau sesaat pun, THAT IS hidayah Allah. Hmmm

Rasanya, kalau aku pada saat family aku tu masa tu, aku pun tak terucap pun macam ni kat tuan rumah tu. Just boleh bermonolog kat diri, "Ingat diri, jangan jadi macam tu. Syukur aku tak ditempat dia. Jangan pandang hina kat dia. Once dia berubah, iman dia might be lagi tinggi dari kau. Doakan." Yes, selemah - lemah iman kann? Haihh.

Aku berdoa Allah sedarkan, kasihani, berkati, limpahkan rezeki dia dan keluarga. Sebab, dia bukan orang lain............. Saudara aku juga. Hmmm :'( Serious bukan nak tunjuk pandai! Cuma aku fikir aku tulis untuk aku ingat. Hmmm

Okay cukup! Harap aku tak update lagi pada 7 bulan akan datang. Kesian ada orang yang tunggu penulisan aku. By the way, thanks siapa yang tunggu aku untuk aku update. Such a superb loyal follower you are! Krik krik krik. *angkat bakul terbang sendiri*




No comments: